14 Sept 2024, Jln Puchong - Warga penduduk Kg.Petaling Bahagia hari ini telah menyahut seruan kerajaan untuk kekal sihat bagi memperkasakan keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam melibatkan diri dalam Program Fit Komuniti @ Seputeh 2024.
Hadir bersama dalam aktiviti senamrobik ini iaitu Encik Muhammad Zulfaqqar bin Mohd Basir, Pengerusi KRT Kg Petaling Bahagia serta jawatankuasa krt. Turut hadir Encik Mohd Ibrahim bin Mohamad Yussop, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh.
Ini merupakan kolaborasi yang pertama antara PBSK Seputeh dengan KRT Kg Petaling Bahagia. Siri 8 juga akan diadakan di KRT Kg Petaling Bahagia yang dijadualkan akan berlangsung pada 28 September 2024 pada jam 8 pagi.. Ayuh warga penduduk yang berada disekitar, kita turun untuk sama-sama beraerobik agar kekal sihat.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 94