11 Ogos 2024, PPR Kg Muhibbah - Telah berlangsung pagi tadi Mobilisasi Satria Kawasan Seputeh : Program Menyantuni Warga Emas bertempat di Perkarangan Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh dengan kerjasama beberapa pihak, antaranya MKN WP Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur, Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh, Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah, Persatuan Penduduk PPR Kg Muhibbah, KRT PPR Kg Muhibbah Fasa 1 & 2, PAWE Seputeh, PAWE PPR Kg Muhibbah dan SAHABAT Seputeh.
Program bermula pada jam 8 pagi dengan aktiviti senam cergas bersama warga emas serta penduduk setempat di Dataran PPR Kg Muhibbah Fasa 1 seterusnya peserta program terus ke Perkarangan Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong memasak gulai kawah, gotong - royong membuat kuih onde-onde/buah melaka serta aktiviti menceriakan surau.
Sekitar jam 10.30 pagi YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Kawasan Seputeh hadir untuk menyantuni warga emas di dalam program yang telah diatur oleh pihak PBSK Seputeh. YB Teresa begitu teruja dengan program yang telah dianjurkan dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Yang Berhormat telah meninggalkan tempat program sekitar jam 12tengahari.
Majlis Perasmian Penutup Mobilisasi SATRIA : Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Kawasan Seputeh 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Razlan bin Muhammad Rafii, Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir ke majlis ini YBrs. Encik Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur, YBhg Dato' Haji Nik Mohd Kamil bin Nik Daud, Pengerusi PAWE Seputeh, Tuan Insp. Azlan bin Sudin, Ketua Balai, Balai Polis Bukit Jalil serta beberapa tetamu jemputan.
Dalam ucaptama YBhg. Datuk, beliau berharap.dan menyokong agar program-program seperti ini dapat diteruskan serta diperbanyakkan agar generasi belia tidak lupa serta tahu cara bagaimana untuk menyantuni golongan warga emas. Majlis perasmian ini telah selesai sekitar jam 3 petang.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak dalam Mobilisasi SATRIA : Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Kawasan Seputeh 2024.
11 Ogos 2024, PPR Kg Muhibbah - Warga kerja Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah turun memberi sumbangan dalam pelaksanaan Program Menyantuni Warga Emas di Perkarangan Surau Nur Asy- Syakirin PPR Kg Muhibbah, Kuala Lumpur.
Aktiviti gotong-royong membuat kuih onde-onde/buah melaka yang diketuai oleh Puan Rogayah bt Abu Bakar, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh serta beberapa pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari. Aktiviti ini juga turut dibantu oleh penduduk setempat serta sukarelawan yang hadir dalam program tersebut.
YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Kawasan Seputeh hadir sekitar jam 10.30 pagi dan beliau turut melakukan aktiviti gotong-royong membuat kuih onde-onde/buah melaka bersama warga kerja JBS WP Kuala Lumpur serta penduduk setempat.
Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti sinonim kepada warga kerja Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur kerana ia merupakan aktiviti tahunan yang akan diselitkan dalam program Rakan Muda Ramadhan peringkat negeri pada setiap tahun. Melalui aktiviti seperti ini jalinan ukhwah sesama warga kerja JBS WP Kuala Lumpur akan lebih erat dan terus bersatu.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana hadir dan menyokong Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Kawasan Seputeh 2024
11 Ogos 2024, PPR Kg Muhibbah- Telah selesai pagi tadi Program Fit Community @ Seputeh Siri 2 yang berlangsung di Dataran PPR Kg Muhibbah Fasa 1 pada jam 8.00 pagi.
Program yang telah dihadiri seramai 60 orang penduduk setempat dan rata-rata adalah warga emas. Tema yang telah diketengahkan oleh penduduk setempat adalah berkain batik sambil beraerobik.
Encik Rajeeven , Pengurus Kecil PPR Kg Muhibbah turut hadir memeriahkan aktiviti fit komuniti @ seputeh pada hari ini. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh, Persatuan Penduduk PPR Kg Muhibbah, PAWE Seputeh serta orang perseorangan yang sudi hadir turun padang dalam Program Fit Community •@ Seputeh Siri 2/2024.
10 Ogos 2024, Bandar Tun Razak - Program Youth Skills telah selesai dilaksanakan bertempat di Tingkat 8 Tempat Letak Kenderaan Bertingkat PA Seri Sabah, Bandar Tun Razak. Program yang dilaksanakan adalah Jahitan & Sulaman dan Hasilan Susu Soya & Tau Fu Fa.
Program ini bertujuan memberi akses kepada komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Tenaga pengajar telah dibawakan khas dari Institut Kemahiran Belia Negara Naka dan Wakaf Tapai. Seramai 40 orang peserta telah berjaya menyertai program ini.
Terima kasih diucapkan kepada rakan strategik iaitu Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pusat Belia Antarabangsa Cheras dan semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini.
07 Ogos 2024, Kg Muhibbah - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah mengadakan perbincangan terakhir bagi persiapan Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Kawasan Seputeh 2024 yang akan diadakan pada 11 Ogos 2024 bertempat di perkarangan Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh beberapa rakan strategik, antaranya Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh, KRT Fasa 1 & 2 PPR Kg Muhibbah, Persatuan Penduduk PPR Kg Muhibbah, PAWE Seputeh, SAHABAT Muhibbah dan tidak lupa Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah.
Tema Klasik @ Retro yang akan dipakai oleh komuniti setempat yang terlibat dalam program hari ahad itu nanti. Program dimulai dengan Senam Cergas bersama Komuniti Setempat sempena Fit Komuniti @ Seputeh 2024 yang akan berlangsung di Dataran Fasa 1, PPR Kg Muhibbah bermula jam 8 pagi. Aktiviti seterusnya adalah gotong royong memasak Gulai Kawah serta menceriakan surau akan dijalankan di Perkarangan Surau Nur Asy- Syakirin, PPR Kg Muhibbah bermula jam 9.30 pagi. Pameran Protech Health serta MAWIP turut akan dilaksanakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Majlis Perasmian Penutup dijangka akan diadakan sekitar jam 1.40 petang dan disempurnakan oleh YBhg Datuk Mohd Razlan bin Muhammad Rafii. Semoga perancangan yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar.
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur telah menyertai Majlis Perasmian Program Mengenang Negarawan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertemakan "Negarawanku Sejuta Jasa" sebagai pempamer. Acara yang berlangsung di Piazza Pavilion Bukit Jalil, KL ini dianjurkan oleh Arkib Negara dan diadakan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM2024). Pameran tersebut berlangsung dari jam 1:00 petang hingga 6:30 petang.
Program ini bertujuan untuk memperingati jasa, peranan, dan sumbangan Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara. Bahagian Pembangunan Belia JBSKL turut hadir bagi memeriahkan booth Rakan Muda dengan aktiviti "Mari Mencuba Bermain Golf" dan pameran yang menarik. Pameran ini turut dihadiri oleh pelajar sekolah dan pelbagai agensi yang datang untuk memeriahkan suasana serta memberikan sokongan.
Majlis ini berjaya menarik minat ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mereka berpeluang mengenali lebih dekat sejarah perjuangan Tunku Abdul Rahman dan menghayati nilai-nilai kemerdekaan serta pembangunan negara yang telah dicapai. Acara ini juga menjadi platform untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air serta memperkasakan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, selaras dengan konsep Malaysia Madani.
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 - Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur 2024 Sidang II Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 telah diadakan dengan jayanya di The Pearl Kuala Lumpur Hotel. Majlis ini berlangsung dari jam 2:30 petang hingga 6:30 petang, dihadiri oleh 105 peserta yang terdiri daripada urusetia jabatan, ketua-ketua agensi, Exco-Exco MBWP, badan gabungan, pakar rujuk serta pihak media.
Majlis yang dipengerusikan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu dan kemaslahatan yang dihadapi oleh belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pelbagai aspek. Antara usul yang dibincangkan dalam sidang tersebut adalah usul sosial, ekonomi dan keusahawanan, sukan, pendidikan, kesihatan, wanita, perumahan belia, serta usul khas dari MBWP.
Dalam majlis ini, para peserta telah berpeluang untuk menyuarakan pendapat dan cadangan mereka mengenai pelbagai isu yang relevan dengan kehidupan belia. Perbincangan yang hangat dan konstruktif telah memberikan pelbagai input berharga yang diharapkan dapat membantu dalam merangka polisi dan program yang lebih efektif untuk manfaat belia di masa hadapan.
Majlis ini diakhiri dengan sesi rumusan dan penutup oleh pengerusi majlis, YB Dr. Zaliha binti Mustafa, yang menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam merealisasikan agenda pembangunan belia. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan penyertaan mereka dalam menjayakan majlis ini.
Wangsa Maju, 6 Ogos 2024 – Pada 3 ogos 2024 yang lalu, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/ Wangsa Maju dengan kerjasama Persatuan Belia Sri Pinang dan Aeon Alpha Angle telah melaksanakan Program Fit Komuniti@Wangsa Maju Siri 1.
Program Program Fit Komuniti@Wangsa Maju menjadi platform dalam membantu masyarakat akar umbi meneruskan aktiviti bersukan dan gaya hidup aktif ke arah Malaysia sebagai Negara Sukan (Sporting Nation).
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Fit Komuniti@Wangsa Maju Siri 1 ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat daripada aspek kecergasan dan kesihatan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah komuniti yang sihat dan cergas.