- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 67
MOBILISASI SATRIA KAWASAN SEPUTEH : MENYANTUNI ANAK-ANAK ISTIMEWA PKKII
03 Ogos 2024, Happy Garden- Meriah, menarik,seronok dan sila laksanakan lagi. Itulah kata-kata yang pihak Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh serta Majlis Belia Kawasan Seputeh terima dari anak-anak istimewa ini yang begitu seronok dengan aktiviti yang dilaksanakan.
Aktiviti sukaneka telah dilaksanakan untuk menyantuni anak-anak ini dalam program yang telah berlangsung di Pertubuhan Kanak-Kanak Istimewa Insan (PKKII) Happy Garden, Kuala Lumpur. Seramai 60 orang yang terdiri daripada Sukarelawan Satria, Pihak MPP Sub Zon, Majlis Belia Kawasan Seputeh, Komuniti Setempat dan beberapa NGO telah terlibat dalam program ini.
Turut hadir bagi memeriahkan program serta telah memberikan sumbangan kepada pihak PKKII iaitu YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Kawasan Seputeh. PBSK Seputeh merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr.Collin pengasas PKKII kerana telah memberi peluang serta kerjasama dalam menjayakan program ini.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 67