- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 101
MOBILISASI SKUAD ANAK MUDA (SATRIA) BERSAMA PDK TITIWANGSA MENDAPAT SAMBUTAN DARI SUKARELAWAN KPBKL
27 JULAI 2024, MALURI — Program Mobilisasi Skuad Anak Muda (SATRIA) dilaksanakan dengan meriah di Pusat Komuniti (PDK) Titiwangsa hari ini. Program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam kegiatan masyarakat serta memupuk semangat kesukarelawanan dan kepemimpinan dengan membawa konsep “RAKAN PRIHATIN : Menyantuni Kanak-Kanak Titiwangsa”.
Program ini telah disertai oleh anak muda berusia 15 hingga 25 tahun dengan menekankan kepentingan program SATRIA dalam membentuk generasi muda yang proaktif dan berwawasan. Program SATRIA adalah inisiatif penting yang dapat membimbing anak muda kita untuk menjadi pemimpin masa depan. “Melalui program ini, mereka akan mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan, serta membina jaringan yang kuat dengan rakan sebaya dan komuniti” ujar Cik Izzati selaku penganjur bersama dari NGO Titiwangsa.
Program SATRIA di PDK Titiwangsa merangkumi pelbagai aktiviti, termasuk sesi beramah mesra bersama kanak-kanak , pertandingan mewarna, persembahan kanak-kanak, gotong royong dan pembersihan kawasan dan juga aktiviti senamrobik. Para peserta juga diberi pendedahan kepada isu-isu semasa dan cara untuk menyumbang kepada penyelesaian masalah dalam komuniti mereka.
Penyelia PDK Titiwangsa, Puan Raihana, turut menyatakan harapannya agar program ini dapat melahirkan anak muda yang lebih bertanggungjawab dan berdaya saing. "Kami percaya bahawa melalui SATRIA, anak-anak muda akan lebih bersemangat untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara," katanya.
Dengan sokongan yang kuat daripada pihak berkuasa tempatan dan komuniti, program SATRIA diharapkan akan menjadi contoh kejayaan dalam usaha membangun nilai keprihatinan sukarelawan dari golongan anak muda setempat dalam memupuk nilai-nilai positif dalam masyarakat.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 101