28 Sept 2024, Seri Petaling - Telah berlangsung pagi tadi Program Temu@DBKL Seputeh 2024 di Pusat Komuniti Seri Petaling, Kuala Lumpur bermula sekitar jam 8 pagi.
Majlis Belia Kawasan (MBK) Seputeh telah diberi peluang oleh DBKL Seputeh untuk melaksanakan aktiviti di dalam program tersebut. MBK Seputeh telah melaksanakan Sukan Mari Mencuba iaitu dam aji, catur cina dan IQ game.
Program yang dilaksanakan dapat menarik minat pelbagai golongan dan mencungkil bakat serta memberi peluang kepada semua untuk mencuba sukan baharu.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh merakamkan jutaan terima kasih kepada DBKL Kawasan Seputeh kerana telah memberi peluang kepada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh dan Majlis Belia Kawasan Seputeh khususnya, untuk turut serta dalam penganjuran program pada kali ini.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 145