- JBS Terengganu
- Hits: 584
4 ORANG BELIA HULU TERENGGANU MEWAKILI DAERAH KE KONVENSYEN PEMBERDAYAAN BELIA MENCEGAH EKSTREMISME PERINGKAT ZON TIMUR
KUALA NERUS, 11 MAC 2020 – Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Zon Timur telah diadakan pada 27 hingga 29 Februari 2020 bertempat di Auditorium Universiti Malaysia Terengganu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman berhubung isu ektremisme dan terorisme agar fahaman ini tidak tersebar kepada golongan belia. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah menghantar 4 orang peserta yang terdiri belia-belia daerah ini ke program tersebut. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Youth Power Club.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 584
