- JBS Terengganu
- Hits: 611
2 PELAJAR SM SAINS HULU TERENGGANU MEWAKILI NEGERI TERENGGANU DALAM PERTANDINGAN KHAT@ RAKAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2020
HULU TERENGGANU, 7 SEPTEMBER 2020 - Khat ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab. Baru-baru ini Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan pertandingan Khat@Rakan Muda peringkat negeri Terengganu yang disertai serama 50 orang peserta khat diseluruh negeri Terengganu. Juara bagi pertandingan itu telah dimenangi oleh peserta dari daerah Hulu Terengganu. Pemenang bagi pertandingan tersebut akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.
Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu serta guru dan peserta SM Sains Hulu Terengganu mengadakan perbincangan dan persediaan untuk pertandingan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung ada 1 hingga 7 September 2020. PBSD Hulu Terengganu mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta SM Sains Hulu Terengganu yang akan menyertai pertandingan itu.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 611
