- JBS Terengganu
- Hits: 712
MESYUARAT JAWATANKUASA PRA PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU SIDANG II, PENGGAL KE 32 SESI 2019-2020 (VERSI PASCA COVID 19)
KUALA TERENGGANU, 27 OGOS 2020 – Bertempat di Dewan Besar, Wisma Sri Amar, Kuala Terengganu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pra Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang II, Penggal Ke 32 Sesi 2019-2020 (Versi Pasca Covid 19).
Mesyuarat yang bertujuan untuk mengemaskini isu serta usul yang di bawa oleh Majlis Belia Daerah untuk di bahaskan dalam MPBN Peringkat Negeri pada 08 September 2020 nanti. Mohmed bin Embong, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat dengan kehadiran Exco Majlis Belia Negeri Terengganu dan Semua Pegawai Belia & Sukan Daerah termasuk Rosnani binti Haji Abdullah Zawai, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 712
