- JBS Terengganu
- Hits: 581
SEMBANG SANTAI WARGA MANIR DAN ANAK MUDA BERSAMA YB DATO’ HAJI ROSOL BIN WAHID
HULU TERENGGANU, 10 OGOS 2020 – Usia dan tenaga belia mesti digunakan sebaik mungkin bagi memastikan hasrat negara mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dapat direalisasikan. Harapan besar ini tidak boleh diketepikan kerana belia adalah pemimpin masa depan negara. Belia-belia yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara tidak langsung menjadikannya sebagai satu platform memperkasakan diri, seterusnya menjadi pelapis kepemimpinan masa depan. Adalah penting untuk belia mengasah bakat diri dalam menepati keperluan majikan dengan menyertai NGO berdaftar.
Sembang Santai Warga Manir dan Anak Muda Manir bersama YB Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu telah diadakan pada 8 Ogos 2020 bertempat Kedai Dapur Arang Padang Machang, Manir. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu turut hadir ke program tersebut. Objektif utama sembang santai ini diadakan adalah bagi mendengar sendiri permasalahan anak-anak muda berkenaan isu-isu semasa, pembangunan belia setempat dan peluang-peluang yang ada bagi menjana kemahiran serta ekonomi belia. Selain pada itu, anak-anak muda juga turut berpeluang mendekati pemimpin-pemimpin belia dengan lebih dekat. Kerjasama erat di antara belia dan pemimpin pada hari ini merupakan suatu aset yang amat bernilai kerana belia yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris kepimpinan negara di masa depan.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 581
