- JBS Terengganu
- Hits: 837
SESI PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) 2020 BERSAMA ASRAMA PERKAYA MARANG
MARANG, 17 OGOS 2020 – Umum sedia maklum bahawa setiap tahun Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan mengadakan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) diperingkat Persekutuan dan juga pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara turut sama diadakan diperingkat Negeri. Bagi memastikan sambutan juga turut sama diadakan diperingkat negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan mengadakan sambutan tersebut pada 28 September 2020 bertempat di Duyung Marina dan Resort Kuala Terengganu. Dalam sambutan tersebut beberapa acara telah dirancang antaranya ialah Pertandingan Video Pendek “Cerita Kita”.
Bagi memastikan Daerah Marang menghantar penyertaan, satu perjumpaan telah diadakan pada 11/8/2020 jam 3.00 petang bertempat di Asrama Perkaya bagi bincangkan syarat-syarat pertandingan dan format pertandingan. Tujuan perbincangan dan perjumpaan ini diadakan adalah lebih kepada mengetahui syarat-syarat pertandingan dan Format Pertandingan yang disyaratkan bagi memudahkan penyertaan dibuat. Turut hadir dalam perjumpaan dan perbincangan tersebut Noraini binti Mustapa, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Marang.
Disediakan oleh: PBSD Marang
- JBS Terengganu
- Hits: 837
