SETIU, 07 SEPTEMBER 2020 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu telah berlangsung perbincangan santai antara Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu bersama Shansuddin bin Ahmad, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu bagi membincangkan Majlis Watikah Pelantikan Pesuruhjaya Kehormat dan Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu Tahun 2020.
“ DEKAD INI DEKAD ANDA”
#hbnganu20#
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 07 SEPTEMBER 2020 – “DEKAD INI, DEKAD ANDA”, tema Hari Belia Negara 2020 yang menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk berganding bahu mengiktiraf golongan belia sebagai penyumbang utama kepada hala tuju dalam pembangunan negara. Justeru itu, golongan muda perlu menerima, menghayati dan mengambil bahagian dalam normal baharu yang sedang berlaku susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Gaya hidup dan cara bekerja yang dahulu perlu berubah sesuai dengan keadaan semasa terutama pada masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP di seluruh negara. Sebab itu kerajaan telah mengambil langkah proaktif bukan sahaja untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 tetapi memastikan golongan muda tidak tercicir dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Rosnani binti Haji Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu bersama Siti Nasuha binti Ibrahim @ Yusoff telah mengunjungi Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Setiu bagi membincang perancangan aktiviti kepada golongan belia sempena Hari Belia Negara 2020 Peringkat Daerah Setiu.
“ DEKAD INI DEKAD ANDA”
#hbnganu20#
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
MARANG, 07 SEPTEMBER 2020 – Pada 28/8/2020 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Terbuka Motel Desa, Kuala Terengganu telah berlangsung Program Sharing Session antara Kelab/Pesatuan Belia dan Alumni Kapal Belia Asia Tenggara. Program anjuran secara bersama antara Kelab Rakan Muda Marang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Seramai 40 peserta telah terlibat dalam Program Sharing Session tersebut.
Tujuan utama diadakan Program ini adalah untuk memberikan informasi yang bermanafaat kepada Persatuan/Kelab dalam membangunkan kearah yang lebih baik disamping mengeratkan hubungan silaturahim dan dengan adanya program sedemikian ia mampu meningkatkan tahap ilmu pengetuhuan serta membuka minda ahli kelab dan persatuan tentang peranan, cabaran dan suara belia dalam menempuh arus kemodenan. Turut sama hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah (Sukan), Penolong Pengarah (Rakan Muda) dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang.
MARANG, 07 SEPTEMBER 2020 – Pada 25/8/2020 jam 3.30 petang telah diadakan satu lawatan ke Dewan Badminton Maecon, Kelulut Marang bagi membincangkan pelaksanaan Klinik Badminton KBS 2020. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan dilaksanakan pada 4 dan 5 September 2020 bertempat di Maecon , Kelulut Marang.
Tujuan diadakan perbincangan tersebut adalah untuk mempastikan perancangan serta kemudahan fasiliti yang disediakan memenuhi kapasiti jumlah yang diperlukan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perjumpaan dan perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Noraini binti Mustapa, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Marang.
SETIU, 07 SEPTEMBER 2020 – Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema ini amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan agar seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19. Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.Pada hakikatnya, semangat MALAYSIA PRIHATIN ini perlu disemarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha menamatkan terus wabak Covid-19, tetapi dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat kearah yang lebih baik. MALAYSIA PRIHATIN perlu tersemat dalam ingatan untuk mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia, perlu melakukannya bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi menjayakan aspirasi negara, memerlukan rakyat terutama golongan muda yang mengamalkan gaya hidup cergas dan aktif. Justeru itu, Program Kayuhan Klip-Klip Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan telah di adakan pada 02 September jam 9.00 malam. Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu hadir majlis pelepasan di Stesen Bas Bandar Permaisuri yang telah di sempurnakan oleh Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Setiu yang berkayuh sejauh 30 km bersama seramai 200 orang peserta termasuk Ketua Jabatan, Agensi, NGO’s serta orang perseorangan.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 07 SEPTEMBER 2020 – Pengauditan Keselamatan Kebakaran perlu di laksanakan pada setiap tahun untuk bangunan lama yang berusia melebihi 20 tahun. Demikian nasihat daripada PBK Roziman dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu semasa hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu bagi melaksanakan Pengauditan Keselamatan Kebakaran.
Beliau telah di beri taklimat ringkas oleh Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu dan antara Skop Pengauditan Keselamatan Kebakaran yang di laksanakan adalah Pengurusan, Perancangan serta Prosedur, Pengurusan Pelawat dan Orang Kurang Upaya, Laluan Kebakaran dan Laluan Keluar serta Lampu Kecemasan, Pintu Keluar dan Pintu Rintangan Api dan Peralatan Pencegah Kebakaran.
Harapan agar penemuan-penemuan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat diambil sebagai panduan untuk penambahbaikan dalam keselamatan kebakaran di pejabat.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
HULU TERENGGANU, 7 SEPTEMBER 2020 - Kunjung Hormat Sekretariat Kayuhan Semarak Malaysia bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan bertemakan Semangat Cintakan Negara sempena Hari Malaysia. Program tersebut akan diadakan pada 16 September 2020 bertempat di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Kawasan Perkelahan Air Terjun Sekayu. Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Terengganu menyokong dan berharap program yang akan dilaksanakan bergerak dengan lancar.
HULU TERENGGANU, 7 SEPTEMBER 2020 - Sahabat MAYC Hulu Terengganu meraikan Majlis Belia Maran, Pahang yang akan mengadakan kajian lapangan sempena Program Retreat Kepimpinan di Tasek Kenyir, Hulu Terengganu. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu. Sembang Santai ini menjurus kepada pertukaran idea dan pendapat dalam aktiviti pembangunan belia di daerah Hulu Terengganu dan Maran itu sendiri. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu turut memberikan pandangan dan nasihat beliau dalam memastikan kelestarian belia ini terus kekal dan relevan mengikuti perkembangan zaman.
HULU TERENGGANU, 7 SEPTEMBER 2020 - Kelab Rakan Muda Parlimen Hulu Terengganu dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan program Kepimpinan ‘Leadership’ Belia Kelab Rakan Muda Parlimen Hulu Terengganu pada 2 hingga 3 September 2020 bertempat di Tasek Kenyir, Hulu Terengganu. Objektif program ini adalah untuk membolehkan peserta mendapat input yang berguna daripada jurulatih dan penganjur. Selain itu juga , memberikan pendedahan kepada peserta melalui aktiviti dan ceramah dan mengeratkan silaturahim di antara ahli jawatankuasa kelab dan pihak pejabat. Majis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.