- JBS Terengganu
- Hits: 621
LAWATAN LEMBAGA PEMERIKSA PERLUPUSAN (LPP) ASET KERAJAAN 2020 GIMNASIUM RAKYAT DAERAH DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN (D)MARANG
MARANG, 07 SEPTEMBER 2020 – Pada 01/09/2020 bertempat di Gimnasium Rakyat Marang, Kampung Paya dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah dijalankan proses Pemeriksaan dan Pelupusan Aset Alih Kerajaan ke atas Peralatan Gimnasium Rakyat Marang dan Alat Pemadan Api, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang pada jam 12.15 tengahari. Turut sama hadir dalam lawatan Lembaga Pemeriksaan Aset tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd, Noraini binti Mustapa, Pem. Belia dan Sukan dan Azila binti Abidin, Pem.Tadbir.
Proses Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih Kerajaan telah dilakukan oleh Lembaga Pemeriksaan Pelupusan Aset yang dilantik terdiri dari Siti Shahidatul Husna bt Jamel dan Fauzizah bt Ngah, kedua-dua mereka adalah daripada Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Marang Terengganu. Lembaga pemeriksaan Pelupusan Aset berharap agar pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dapat menjalankan proses pelupusan aset dengan kadar segera selepas syor pelupusan diperolehi. proses pemeriksaan berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh: PBSD Marang
- JBS Terengganu
- Hits: 621
