- JBS Terengganu
- Hits: 557
LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SETIU
SETIU, 12 OKTOBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu yang beroperasi sejak tahun 1995 di Bangunan Permint, Bandar Permaisuri sering mengalami masalah trip / blackout dan keadaan ini amat menyukarkan tugasan harian serta mendatangkan ketidakselesaan kepada Pegawai dan Kakitangan. Justeru itu, Mohd Saiful bin Mamat @ Zakaria, Penolong Jurutera Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu bagi membuat pemeriksaan terhadap pendawaian elektrik untuk diambil tindakan yang sewajarnya oleh Pihak Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 557
