PASIR MAS, KELANTAN 11 SEPTEMBER 2020 – Melaksanakan pemeriksaan mengikut jadual dan lokasi yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Aset (UPA), memaklumkan tarikh pemeriksaan kepada Kementerian atau Jabatan berkenaan, Pegawai pemeriksa hendaklah menggunakan Borang Pemeriksaan Aset Alih KEW.PA-11, Memeriksa Aset Alih dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu bulan dari tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Aset (UPA), Melengkapkan semua maklumat di KEW.PA-11 dan mencatatkan tarikh pemeriksaan dan Menandatangani KEW.PA-11 dan mengemukakan kepada Unit Pengurusan Aset (UPA). Demikian antara Tugas Pemeriksa Aset mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Tatacara Pengurusan Aset Alih AM 2.4.
Justeru itu, Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu dan Siti Nor Ahya Hydayah binti Ahmad Pegawai Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Kelantan bagi pemeriksaan aset.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 568
