KUALA PING, HULU TERENGGANU, 26 NOVEMBER 2020 – Satu Taklimat Status Projek Kompleks Sukan Hulu Terengganu telah disampaikan oleh pihak JKR Hulu Terengganu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB. Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah. Pihak JKR memaklumkan bahawa jangkaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu akan siapa adalah pada pertengahan tahun 2021. Kompleks Sukan Hulu Terengganu terletak di Kuala Ping, Hulu Terengganu. Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Izwandy bin Ismail dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Encik Yusof bin Mat Nor.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 633
