- JBS Terengganu
- Hits: 485
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) GERAKAN BELIA 4B KAWASAN DUNGUN KALI KE-10/2020
DUNGUN, 16 DISEMBER 2020 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Gerakan Belia 4B Kawasan Dungun kali ke 10/2020 telah diadakan pada 15 Disember 2020. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun. Turut hadir wakil Majlis Belia Daerah Dungun saudara Encik Nasiruddin bin Mohamad,Timbalan Majlis Belia Dungun dan SU.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan halatuju serta program-program yang bakal dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Kawasan Dungun bagi tahun 2021.Segala permasalahan serta cadangan telah dilontarkan oleh ahli-ahli dalam mesyuarat kali ini bagi memastikan belia-belia khususnya di daerah Dungun sentiasa aktif dan berjaya pada masa akan datang.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Kuala Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 485
