MARANG, 03 Mac 2021 – Pada 27 Januari 2021 jam 10.00 pagi melalui Platform Zoom telah diadakan Sesi Webinar bersama dengan Syed Ahmad Nizam bin Syed Ahmad, Motorsport Instruktor (2 Wheel) yang juga berpengalaman hamper 18 tahun dalam dunia pemotoran Moto 2, Cev Asia Road Racing, Malaysia Superbike Championship dan Malaysia Cubprix. Negara memerlukan tenaga kerja pakar dalam bidang pekerjaan yang menjurus kepada Industri Sukan Permotoran Motosikal. Sukan ini juga dapat menginspirasikan belia bagi menggunakan kemahiran serta idea kreatif bagi menjana pendapatan dalam bidang ini “. Demikian antara kata-kata Syed Ahmad Nizam bin Syed Ahmad.
Semoga segala ilmu yang telah disampaikan dalam Sesi Webinar “Jom Cipta Kerja (Siri5) anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini akan dapat di manfaatkan oleh semua yang terlibat. Daerah Marang telah disertai 2 orang pengemar Motosport 2 Roda iaitu Saudari Norizam binti Hashim dan Saudara Zulmajdi bin Saad. Tutur sama sertai sesi webinar tersebut ialah Pembantu Belia dan Sukan Daerah Marang.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 419




