KUALA TERENGGANU, 11 April 2021 – Pada 4 April 2021 (Ahad) Satu Simulasi PPV telah dilaksanakan di Pusat pemberian Vaksin Daerah Kuala Nerus bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang terdiri dari Sukarelawan MyVac Para petugas Fronliner dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, Semoga curahan ilmu yang disampaikan dapat memberi ruang kepada sukarelawan agar lebih memahami peranan yang akan dilaksanakan dalam memberi khidmat bakti kepada masyarakat..Syabas orang muda Terengganu
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 08 APRIL 2021 – Bertempat di Balai raya Taman Hijrah, telah berlangsung sesi penilaian Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Terengganu 2021 – Kategori Pertubuhan Belia yang bertujuan memberi pengikhtirafan kepada persatuan atau kelab belia yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Kelab Belia Transformasi Taman Hijrah, Bari, Setiu, Terengganu, telah terpilih mewakili Daerah Setiu pada tahun ini. Harapan agar kelab ini akan dinobatkan sebagai Johan APBN Negeri Terengganu 2021 Kategori Pertubuhan Belia.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 APRIL 2021 – Bertempat di Scout Inn, Kuala Terengganu telah berlangsung Literasi Media Kreatif 2021 Peringkat Zon Timur pada 9 – 10 April 2021. Program anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan penglibatan peserta dari Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan yang di dedahkan dengan creative content dan video apps disamping peserta juga membuat kerja lapangan dan video khidmat masyarakat.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hajjah Wasitah Binti Haji Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Mohd Azhar Bin Awang, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Setiu terlibat sebagai peserta program ini.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 03 APRIL 2021 – Bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong Setiu, telah berlangsung Program RTES Endurance Challenge 2021 dengan kehadiran seramai 150 orang peserta. YB. Ustaz Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat pelepasan bagi acara 40KM. Turut hadir Ahmad Rizal Bin Mamat, Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu dan Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 08 APRIL 2021 – Tuan Haji Rosli bin Latif, Pegawai Daerah Setiu selaku Pengerusi CITF Daerah Setiu telah hadir ke Bangunan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sg. Tarom yang bakal dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Setiu pada 05 April 2021. Lawatan yang dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Yang DiPertua Majlis Daerah, Jurutera Daerah, Ketua Polis Daerah, Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam termasuk Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu bertujuan untuk mengenalpasti peralatan dan lojistik serta jumlah petugas dan sukarelawan yang diperlukan di PPV Setiu yang dijangka akan beroperasi pada pertengahan Mei 2021.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 08 APRIL 2021 –Dilahirkan pada 25 Januari 1989 dan bertugas dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP Gred DG41) di Sekolah Kebangsaan LKTP Chalok Barat, Setiu, Terengganu. Merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu sesi 2020-2022 dan Yang DiPertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Parlimen Setiu 2021. Beliau juga pernah menyertai program di peringkat antarabangsa seperti Jejak Khazanah Warisan Bangsa Belia Asean di Sumatera Barat, Indonesia, Misi Bantuan Gempa Bumi Acheh, Indonesia dan Misi Gempa Bumi Lombok, Indonesia.
Beliau yang di maksudkan adalah Mohd Ammar Bin Sauti, Calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Individu Lelaki yang diadakan pada 5 April 2021 bertempat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), beliau menggalas cabaran mewakili Daerah Setiu menyertai anugerah ini yang bertujuan memberi pengikhtirafan kepada individu yang telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 08 APRIL 2021 – Ahli Kelab Rakan Muda Parlimen Setiu telah menyertai Program Sukses, Matang, Aktif, Rasional (SMART) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Setiu pada 03 April 2021 bertempat di Kekabu Inn, Kampung Bintang, Setiu, Terengganu. Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya dadah dan kesannya selain memupuk sikap dan amalan yang baik serta menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat dan berdisiplin. Para peserta turut diberikan motivasi untuk menjadi belia cemerlang dan mampu memberi menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Aniq Faiq Aqwa Bin Ahmad Nordin, Pelajar tahun akhir UiTM Kota Bharu yang sedang menjalani latihan industry di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu telah dilantik sebagai fasilitator bagi program ini.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 April 2021– MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai "Herd Immunity". Oleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.
Justeru itu, Muhammad Ikmarizal bin Yahya dan Aniw Faiq Aqwa Bin Ahmad Nordin telah hadir ke Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan MyVac KBS MOSTI Peringkat Negeri Terengganu pada 31 Mac 2021 bertempat di Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu