HULU TERENGGANU - 14 APRIL 2021 – Telah diadakan satu sesi Sembang Santai bersama Pengarah IKBN Wakaf Tapai pada 30 Mac 2021 ( Selasa ) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Sembang santai ini membincangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan antara IKBN Wakaf Tapai dengan PBSD Hulu Terengganu serta mempromosikan kursus-kursus yang ditawakan oleh IKBN Wakaf Tapai untuk belia dan beliawanis khususnya di Daerah Hulu Terengganu ini.
Turut hadir sama pada sesi ini iaitu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Yusof bin Mat Nor.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 628
