DUNGUN, 19 APRIL 2021 – Bertempat di Felda Jerangau , Lawatan Projek IETB Terengganu 2021 (Tanaman Cili) oleh En. Khairul Bashar Pegawai Bahagian Ekonomi KBS Di Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau pada 7 April 2021.Turut bersama Pn Wan Norhayati Binti Wan Ibrahim Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Dungun, Pegawai Pertanian Dungun, Pegawai MBFM, Pengerusi MBFM Wilayah Terengganu.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun
DUNGUN, 19 APRIL 2021- Telah berlangsungnya Mesyuarat Tenikal Bil.08 ( Pembinaan Velodrom) di Daerah Dungun pada 13 April 2021 yang diadakan di Pejabat Tapak Velo Kampung Balai Besar Dungun, Terengganu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ir. Mohd Al Azhar bin Ali, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun. Turut hadir pada mesyuarat ini ialah En. Izwandy Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, Pn Wan Norhayati Binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Dungun dan Kontraktor-kontraktor Pembinaan Velodrom Dungun.
Disediakan oleh :Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun
DUNGUN, 19 APRIL 2021 – Bertempat di Bilik Seminar Dungun, Pn. Wan Norhayati binti Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun, telah hadir menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung ( Pemilihan) KRM Dungun Sessi 2021/2023 pada 3 April 2021. Saudara Zulkifli bin Afandi telah diberikan mandat untuk menerajui Kelab Rakan Muda Dungun bagi Sessi 2021/2023
Disediakan oleh :Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu
SETIU, 19 APRIL 2021 – Sukarelawan MyVac PPV Setiu telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu pada 18 April 2021 bagi melapor diri serta menyelesaikan Borang Pengisytiharan Kesihatan, Borang Pelepasan dan Penepian Liabiliti, Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (lampiran E & F), Surat Tawaran Pelantikan Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac dan Surat Penerimaan Tawaran Pelantikan Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac yang perlu dimasukkan dalam system sebelum memulakan tugasan pada 19 April 2021 di PPV Setiu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 19 APRIL 2021 – Telah berlangsung sesi taklimat kepada semua Sukarelawan MyVac di seluruh negara. Taklimat yang disampaikan oleh MOSTI pada 18 April 2021 bertujuan memberi penerangan tentang skop kerja dan tugasan sukarelawan termasuk di PPV Setiu yang akan bertugas bermula 19 April 2021. Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu turut hadir mengikuti taklimat ini.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 19 APRIL 2021 – Bertempat di Dewan Serbaguna Sg. Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu telah berlansung secara santai sesi Taklimat Akhir pada 17 April 2021.Penugasan oleh Tuan Haji Rosli bin Latif, Pegawai Daerah Setiu merangkap Pengerusi CITF Daerah Setiu kepada Ketua Jabatan serta Agensi yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan yang akan bermula pada 19 April 2021. Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu turut hadir bagi membuat penyelarasan tugasan kepada seramai 20 orang Sukarelawan MyVac.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
HULU TERENGGANU - 19 APRIL 2021 – Kelab Memanah Tradisional Panglima Hulu terus bergerak aktif dengan mengadakan klinik Asas Sukan Memanah Vol. 2 yang diadakan pada 9 April 2021 bertempat di Tapak Memanah Homestay Pak Harun, Kampung Jenagor, Hulu Terengganu.
Objektif utama klinik Asas Sukan Memanah untuk mencari pelapis-pelapis baru dikalangan belia-belia supaya kelab Memanah Tradisional Panglima Hulu dapat melaksanakan program serta dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada mereka dan mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan membanggakan.Turut hadir ke Majlis Perasmian Penutup Klinik tersebut, Mohd Nazrul bin Mamat Pembantu Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Semua yang hadir kebanyakannya bertanjak menampakkan seni kemelayuan. Lebih membanggakan lagi anak muda belia turut serta menjiwainya. Tahniah & syabas Kelab Memanah Tradisional Panglima Hulu
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
SETIU, 18 APRIL 2021 – “ Sesiapa mengamalkan bacaan Surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya “.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu & Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu telah mengambil inisiatif melaksanakan Klinik Al-Fatihah Rakan Muda Ramadhan bagi Daerah Setiu bertempat di Pusat Perubatan Ruqyah Syariyyah, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Peserta telah dibimbing oleh Ustaz Ahmad Solihin Bin Zamri, Imam Masjid Bandar Permaisuri.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 18 APRIL 2021 – Bilik Gerakan MyVac Setiu yang beroperasi di Rumah Rehat Setiu telah menerima kunjungan daripada Ahmad Yuzran Bin Muhamad, Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bagi menyampaikan Kit Sukarelawan kepada seramai 20 orang Sukarelawan MyVac yang akan memulakan tugas di Pusat pemberian Vaksin (PPV) Sg. Tarom, Setiu bermula 19 april 2021.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu