KEMAMAN 30 JUN 2021 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (Citf) Daerah Kemaman Bil. 3/2021 telah berlangsung pada 30 Jun 2021. Mesyuarat ini dilakukan secara atas talian iaitu melalui aplikasi zoom dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohd Sophian Bin Abu Bakar. Mesyuarat yang bermula pada 2.30 petang membincangkan banyak perkara termasuklah cadangan untuk menambahkan bilangan Pusat Pemberian Vaksin. Selain itu, program MOVAK yang menggunakan khidmat bas bergerak juga bakal dilaksanakan dan ianya lebih tertumpu kepada golongan luar bandar. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Parlimen Kemaman, YB Tuan Che Alias Bin Hamid juga dapat lebih melancarkan lagi pelbagai bentuk program vaksinasi yang bakal dilakukan. Seramai 24 orang telah hadir di dalam mesyuarat pada kali ini termasuklah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Esa Bin Ibrahim. Lindung diri, lindung semua. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman
- JBS Terengganu
- Hits: 805
