HULU TERENGGANU I 14 JULAI 2021 - Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP yang juga merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkesempatan untuk membuat lawatan ke Program ‘Outreach’, Vaksinasi Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK) Peringkat Hulu Terengganu di Politeknik Hulu Terengganu pada 10 Julai 2021 (Sabtu).Seramai 2500 orang yang terdiri daripada penduduk kampung sekitar Mukim Hulu Telemong, Pengerusi kampung serta kakitangan kerajaan di Daerah Hulu Terengganu sebagai penerima vaksin di bawah "Program Outreach" ini.Turut bersama dalam lawatan ini adalah Adun Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh, Adun Telemong, Dato’ Rozi Mamat, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Tuan Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr. Hashim bin Abdullah dan Penyelaras Dun Telemong, Encik Mohd Safari bin Abu.Semoga dengan peningkatan bilangan penerima vaksin ini, diharapkan kita boleh mencapai tahap imuniti kelompok iaitu dengan capaian 80% populasi setempat dan seterusnya penularan Covid-19 dapat dikawal. Semoga Allah permudahkan dan memberkati setiap usaha dan kerja kita. InshaAllah.Seramai 16 orang Sukarelawan MyVac bertugas di Politeknik Hulu Terengganu. Turut hadir Pegawai Penyelaras yang bertugas adalah, Yusof bin Mat Nor.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU I 14 JULAI 2021 – Buat pertama kalinya Kursus Pemimpin ARPRM Tahun 2021 diadakan secara dalam talian (Aplikasi Zoom) dan dilaksanakan di peringkat negeri Terengganu yang diadakan pada 28 Jun 2021 Siri 1 dan 29 Jun 2021 bagi Siri 2.Peranan pemimpin ARPRM dan juga badan operasi adalah sangat penting dalam memacu semangat dan menyerlahkan potensi belia dalam setiap aktiviti dalam ARPRM. Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan Ahmad Nur Al-Hadi bin Zolkefli telah menghadiri kursus tersebut bersama 8 orang peserta dari daerah Hulu Terengganu.Perasmian penutup telah disampaikan oleh Encik Mohd Izwandy bin Ismail Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Menurut beliau, aktiviti ARPRM dalam komponen Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Penjelajahan Lasak dan Rekreasi Fizikal boleh dilakukan dalam suasana pandemik Covid-19 secara online atau mengikut SOP yang telah ditetapkan.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU I 14 JULAI 2021 - Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP yang juga merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkesempatan meninjau lokasi Pusat Pemberian Vaksin Drive-Thru 2nd Dose di Dewan MDHT Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 4 Julai 2021 (Ahad).Turut hadir bersama ketika itu adalah Dr Mamad Puteh, Adun Kuala Berang. Sejurus sampai, Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP yang juga merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu,diberikan taklimat berkaitan keadaan semasa PPV di Kuala Berang. Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid mengucapkan terima kasih kepada semua ‘frontliners’ yang terlibat dalam bertungkus lumus untuk mewujudkan imunisasi kelompok selaras dengan visi kerajaan yang mana sekarang ini sudah berada dalam fasa pemulihan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati setiap usaha dan kerja kita. InshaAllah. Seramai 9 orang Sukarelawan MyVac bertugas di Pusat Pemberian Vaksin Drive-Thru 2nd Dose di Dewan MDHT Kuala Berang, Hulu Terengganu. Turut hadir Pegawai Penyelaras yang bertugas adalah, Yusof bin Mat Nor. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
SETIU, 12 JULAI 2021 – Seramai 8 orang sukarelawan yang terdiri daripada Ahli Kelab Rakan Muda Parlimen Setiu telah berkhidmat secara sukarela pada 6 Julai 2021 sebagai Petugas Bukan Kesihatan di Program Outreach Sekolah Kebangsaan Telaga Papan, Setiu, Terengganu. Seramai 1,111 orang penerima vaksin telah hadir bagi menerima suntikan pertama. Sukarelawan yang ditemui melahirkan rasa bangga kerana telah dipilih melakar sejarah sebagai sebahagian petugas barisan hadapan dalam menangani Pandemik Covid-19. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 12 JULAI 2021 – Ekoran daripada Pandemik Covid-19, telah berlangsung sembang santai secara maya antara Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia & Sukan Daerah Setiu bagi membincangkan urusan Pentadbiran, Program Belia, Sukan dan Rakan Muda bagi Bulan Julai 2021. Walaupun Negeri Terengganu dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2, urusan & pentadbiran di PBSD Setiu adalah berjalan seperti biasa demi memberikan khidmat yang terbaik kepada semua. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, TerengganuDisediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
BESUT, 12 JULAI 2021 - Lawatan YB Haji Nawi Mohamad, ADUN Hulu Besut berkunjung ke PPV (Pusat Pemberian Vaksin) Kota Putera Square bagi meninjau perjalanan pusat PPV ini dan melihat sendiri barisan Frontliner dan pertugas sukarelawan MyVac menjalankan tugas pada 20 Jun 2021. Bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan lancar , sukarelawan MyVac di Daerah Besut memainkan peranan yang sangat penting di Pusat Pemberian Vaksin ini. Syabas dan tahniah kepada semua pertugas di PPV terutamanya sukarelawan MyVac dalam menjayakan Program Imunisasi ini. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut, Terengganu
BESUT, 12 JULAI 2021 – Kehadiran Lawatan YB Dato'Seri Idris Jusoh, Ahli Parlimen Besut ke PPV Dewan Gong Kemuntong jerteh pada 12 Jun 2021. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat perjalanan pemberian Vaksin kepada masyarakat di Daerah Besut berjalan dengan lancar. Beliau sempat berjumpa dan bertanya khabar kepada semua barisan frontliner yang manjalankan tugasa dalam program imunisasi Covid-19 dan mengucapkan syabas dan terima kasih khususnya kepada anak muda yang menyertai sukarelawan MyVac dalam membantu program ini. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut, Terengganu
BESUT, 12 JULAI 2021 – Kehadiran YB Dato' Muhamad Pehimi Yusof, ADUN Jertih ke PPV Dewan Gong Kemuntong, Jertih pada 8 Jun 2021. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat perjalanan pemberian Vaksin kepada masyarakat di Daerah Besut berjalan dengan lancar. Beliau mengucapkan Terima kasih Dr Mahizan selaku Ketua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan En. Wan Mahazani, Ketua Pusat Pengumpulan Sukarelawan (PPS)dan beliau juga mengucapkan terima Kasih kepada semua barisan fronliner yang telah bertungkus lumus dalam memastikan Pemberian Vaksin dengan lancar. Beliau juga memaklumkan yang beliau amat terharu dengan komitmen serta kesungguhan SUKARELAWAN MYVAC dibawah seliaan KBS dalam memastikan kelancaran program imunisasi ini. SYABAS DAN TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT dalam post dilaman sesawang Facebook peribadi beliau.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut, Terengganu
HULU TERENGGANU I 12 JULAI 2021 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu, Yusof bin Mat Nor telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas (Covid-19) Daerah Hulu Terengganu Bil. 7/2021 pada 29 Jun 2021 (Khamis) bertempat di Talian Zoom Meeting. Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai status semasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Daerah. PBSD Hulu Terengganu telah bertindak sebagai Pusat Penyelarasan Malaysian Vaccine Support Volunteers (MYVAC) di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) (Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac) Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu