HULU TERENGGANU I 27 JULAI 2021 – Alhamdulillah Program Ibadah Korban MBDHT telah berjaya disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP yang juga merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada 21 Julai 2021 (Rabu) bertempat di Perkarangan Pejabat MBDHT.Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.Program ini telah dilakukan mengikut kawalan dan pematuhan SOP yang telah diluluskan oleh pihak berwajib. Turut hadir pada Program tersebut adalah, Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 512
