HULU TERENGGANU I 20 OKTOBER 2021 – Buat julung kalinya, Virtual E – Sport Challenge (PUBG) menjadi salah satu acara Hari Sukan Negara di peringkat Daerah Hulu Terengganu yang diadakan pada 8 & 9 Oktober 2021. Acara ini dapat menarik minat golongan belia untuk menyertai aktiviti ini kerana aktiviti sukan ini kena dengan jiwa muda mereka.
Seramai 4 orang pemenang telah dipilih dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Semoga acara sukan seperti ini diadakan lagi untuk masa yang akan datang supaya dapat menarik golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk sambutan hari sukan negara pada masa yang akan datang.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 364
