MARANG, 10 FEBRUARI 2021 – Seramai 5 orang Sukarelawan Sport Bubble Daerah Marang telah turun padang bagi perlaksanaan pemantauan terhadap Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu pada 07 Februari 2022 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu bagi memastikan pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Disediakan Oleh : Pejabat Belia Sukan Daerah Marang, Terengganu
HULU TERENGGANU I 27 JAN 2022 – SUTERA merupakan pertandingan sukan antara daerah-daerah dalam Negeri Terengganu dan dianjurkan secara dwitahunan berselang-seli antara tahun penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA). Sukan ini berkonsepkan Temasya atau Mini Sukma di peringkat Negeri Terengganu. Sukan ini juga telah dibentangkan dalam Bajet Terengganu 2019 oleh YAB Menteri Besar Terengganu melalui Portfolio Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan NGO Negeri Terengganu melibatkan peruntukan RM 750,000.00.Sukan ini juga berkonsepkan Sukan Untuk Semua yang melibatkan atlet bawah 20 tahun (pelapis) dan atlet atas 21 tahun (terbuka). Sukan ini juga terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu sahaja atau yang telah bermastautin di Negeri Terengganu. Justeru itu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Penyelarasan Kontinjen Daerah Hulu Terengganu dalam Menyertai Sukan Terengganu (SUTERA) 2021 telah diadakan pada 27 Januari 2022 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 2, Bilik Gerakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Mohd Syukri bin Mohd Azam, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
8 FEBRUARI 2022 SELASA, KUALA TERENGGANU - Satu perjumpaan yang dihadiri oleh Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu yang diketuai oleh Pengerusi dan AJK tertinggi Kelab ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu / Kuala Nerus bagi membincangkan hala tuju kelab serta perbincangan berkenaan program – program Rakan Muda bagi tahun 2022. Syabas dan tahniah juga kepada Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu kerana telah berjaya dalam Penarafan Lima Bintang Persatuan oleh Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia. Semoga dengan penarafan tersebut menjadi kayu ukur atau pemangkin untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan menjayakan program – program berbentuk kemasyarakatan dan kesukarelaan. Turut hadir sama dalam perbincangan dan taklimat tersebut Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus serta En Norhisham bin Mohamed Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 8 FEBRUARI 2022 - Kunjungan hormat dari Kelab Bola Sepak Lions (Lions FC) bagi membincangkan kejohanan futsal bakal diadakan pada 26 Februari 2022 di mana akan melibatkan dua kategori iaitu berumur 39 tahun kebawah dan 40 tahun keatas (veteran).Perbincangan bersama di antara JBSNT dengan Lions FC telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Izwandy bin Ismail dan Presiden Kelab Bolasepak Lions (Lions FC), Dr. Rais bin Abdullah. Turut sama hadir bagi sesi perbincangan ini, Timbalan Pengarah Sukan JBSNT, En.Mohd Qayyum bin Rahman dan Penolong Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JBSNT.Disediakan Oleh : Unit Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNT
KUALA TERENGGANU, 8 FEBRUARI 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai Jawatankuasa "Standard Operating Prosedure (SOP)" dalam Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu bermula 5 Februari 2022 hingga 9 Februari 2022. Seramai enam orang pegawai JBSNT dan lima belas orang Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV) telah terlibat dalam melancarkan proses pemantauan sepanjang kejohanan berlangsung.Penglibatan RMSBV memainkan peranan sebagai rakan advokasi dan diplomasi sukan dalam membantu usaha pematuhan penganjur, peserta dan penonton kepada SOP Sukan. Ia boleh di sifatkan sebagai usaha untuk memperkasakan komuniti dan masyarakat di samping memupuk budaya kesukarelawan di kalangan belia.Semoga usaha ini dapat mencegah penularan Covid-19 dalam industri sukan.Disediakan Oleh : Bahagian Unit Pembangunan Sukan, JBSNT
KUALA TERENGGANU, 30 JANUARI 2022 - Pada 26 dan 27 Januari 2022, JBSNT dengan kerjasama Unit Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan program Jom Derma Darah @KBS bertempat di Mydin Mall Gong Badak Kuala Nerus.Program selama dua hari ini telah berjaya mengumpul sebanyak 85 beg darah. Program ini turun dihadiri oleh Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.Nor Artirah binti Alias Pengerusi Kelab Rakan Muda Kuala Nerus yang pertama kali menderma mengharapkan agar program seperti dapat di teruskan dari semasa ke semasa." Saya sangat teruja apabila mendengar JBSNT menganjurkan program derma darah kerana bagi saya program seperti ini memberi peluang kepada golongan belia untuk menyumbang kepada masyarakat"Disediakan Oleh : Unit Pembangunan Rakan Muda, JBSNT
KUALA TERENGGANU, 30 JANUARI 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dijemput sebagai fasilitator bagi aktiviti riadah untuk Mesyuarat Penetapan Sasaran Kerja dan KPI Tahun 2022 Bahagian Biosekuriti Perikanan anjuran bahagian biosekuriti Jabatan Perikanan Malaysia yang berlangsung pada 23 hingga 27 jan 2022.Aktiviti riadah dijalankan pada waktu petang pada 24 & 25 jannuari 2022. Pada 24 Januari aktiviti berkayak dilaksanakan di Lagun Kuala Ibai dengan kerjasama Persatuan Kenu Negeri Terengganu.Pada 25 Januari, aktiviti seperti 'smart tunnel, lovely jumping' dilaksanakan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta dengan kerjasama Encik Arcbar dari kem wawasan i-lead besut.Turut terlibat En.Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan barisan fasilitator.Disediakan Oleh : Unit Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNT
DUNGUN, 30 JANUARI 2022 – Mesyuarat Agung merupakan satu perkara yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana pertubuhan yang sah di Malaysia. Bagi kelab atau persatuan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar pertubuhan belia Malaysia, mereka perlu menghantar Maklumat Yang Kena Diberi atau secara ringkas disebut MYKD ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada setiap tahun.Kewajipan mengemukakan MYKD pada setiap tahun termaktub di bawah Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668]. MYKD merupakan suatu bentuk pelaporan tahunan oleh pertubuhan belia kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bertujuan untuk membolehkan tindakan pengemaskinian dibuat ke atas rekod daftar, status keaktifan, keahlian, status pemegang jawatan, status mesyuarat agung tahunan, kesesuaian perlembagaan, kedudukan kewangan dan sebagainya. Menyedari kewajipan ini, Kelab Belia Transformasi Kampung Serdang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 25 Januari 2022 bermula pada 9.00 malam. Dalam mesyuarat tahunan ini turut diadakan pemilihan dan lantikan jawatankuasa baharu bagi sesi 2022 hingga 2024. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Puan Che Rubiah binti Shafie, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu
DUNGUN, 30 JANUARI 2022 - Lawatan Head Of Design Team (HODT) yang diketuai oleh Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan serta Ir. Safinas binti Saroji, Jutera Awam Kanan dan Puan Siti Hawarulain binti Mohd Iba, Penolong Jurutera Awam ke Velodrom yang terletak di Balai Besar, Dungun adalah bagi melihat kemajuan pembinaan velodrome yang sedang giat dijalankan. Pada hari lawatan itu yang diadakan pada 24 Januari 2022, Team HODT telah berkesempatan melawati bangunan sekitar velodrome termasuklah bangunan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun yang baharu. Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun turut hadir bersama dalam lawatan tersebut.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu