SETIU, 14 MAC 2022 – Persatuan Belia Sejahtera Setiu yang baru menerima sijil pendaftaran daripada Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia telah mengadakan kunjung hormat terhadap Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu dan Majlis Belia Daerah Setiu pada 8 Mac 2022 bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam pengurusan serta pelaksanaan program untuk tahun 2022. Pertemuan ini telah berlangsung di Pejabat Majlis Belia Daerah Setiu dengan kehadiran Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu dan Saudara Ammar Bin Sauti, Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu.
- JBS Terengganu
- Hits: 304
