MARANG, 3 APRIL 2022 – Pada 27 Mac 2022 jam 9.30 pagi satu lawatan tapak telah diadakan bagi Cadangan Pembinaan Mini Stadium Kompleks Bukit Mawi, Marang.Tujuan lawatan tapak ini diadakan bagi mengenal pasti lokasi yang tepat dan sesuai bagi pembinaan Mini Kompleks Sukan Bukit Mawi, disamping mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan. Dalam lawatan tapak tersebut turut sama hadir ialah Wakil Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Majlis Daerah Marang, Pejabat Daerah Marang, Pejabat Tanah Daerah Marang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 424
