MARANG, 18 Jun 2022 - Program Fresh2fit Peringkat Negeri Terengganu bagi Daerah Marang berlangsung sebentar tadi. Program ini dipilih berdasarkan kepada populariti di kalangan masyarakat setempat tanpa mengenal batas umur dan dengan adanya program seperti ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan komuniti setempat.
Aktiviti yang dilaksanakan bagi program fresh2fit yg dipilih oleh Daerah Marang adalah aktiviti berjalan kaki sambil mengutip sampah yang dilaksanakan di Bukit Lubuk Batu,Marang.Turut hadir serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang Pn Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad..
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 234
