19 Julai 2022 (Selasa)
KUALA TERENGGANU, 20 Julai 2022 (Rabu) - 45 orang peserta terdiri daripada mereka yang terlibat secara aktif dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah menyertai Program Prolog Sistem ARPRM Peringkat Negeri Terengganu pada 19 Julai 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Komputer Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT - Universiti Malaysia Terengganu. Peserta terdiri daripada Guru-guru, pemimpin ARP, mentor ARP dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah dari seluruh Negeri Terengganu.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pelaporan dan perekodan secara online bagi tujuan memantapkan lagi program ARPRM sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohmad bin Embong Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 258
