DUNGU, 21 SEPTEMBER 2022- Program 1000 Liga Peringkat Daerah Dungun 2022 Pertandingan Silat Seni Tari Putera yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka telah melabuhkan tirai lewat petang 17 September 2022.Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Alias bin Sulaiman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pembangunan Murid.
Turut Bersama adalah Ustaz Ahmed Solahudfin bin Omar, Pengetua SMK Paka dan Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun. Kesemua peserta telah menerima sijil penyertaan. Manakala, Johan telah membawa pulang RM 200.00 beserta sijil, Naib Johan menerima RM 150.00 beserta sijil, dan tempat ketiga menerima RM 100.00 berserta sijil.
DUNGUN, 21 SEPTEMBER 2022 - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah berkata bahawa “ Ahli pesilat merupakan benteng ketiga pertahanan negara yang mampu membantu kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang dikecapi Keluarga Malaysia pada masa ini.”Maka, ilmu persilatan perlulah diluaskan dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi agar ianya tak dek hujan, tak lelang dek panas. Program berbentuk pertandingan seni silat juga perlulah diadakan bagi menarik minat pesilat untuk terus memperkemaskan dan memperkasakan ilmu persilatan.
Sebagaimana program yang diadakan diperingkat daerah Dungun pada 17 September 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, iaitu Kejohanan Seni Silat Putera sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Dungun 2022.Program yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM450.00 telah disertai oleh pelbagai peringkat umur dan kesemua peserta telah menunjukkan kecekapan dan kebolehan persilatan masing-masing.Bertambah meriah, ramai penyokong hadir memberikan sokongan kepada para peserta yang terlibat. Semuanya bersemangat, hebat!
DUNGUN 21 SEPTEMBER 2022 - Kejohanan Catur Kategori Menengah sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Dungun telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai pada 17 September 2022 (Sabtu) telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan disertai oleh 110 orang peserta.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan SMK Pulau Serai ini dilhat dapat mencungkil bakat para peserta, meraikan pemain catur dan mempromosikan sukan catur diperingkat akar umbi. Seterusnya dapat mengembangkan lagi penggiat sukan ini diperingkat daerah Dungun.
DUNGUN, 21 SEPTEMBER 2022 - Aktiviti Kick Boxing sempena Let's Get Fit Peringkat Negeri Terengganu Siri Ke-2 telah diadakan di Perkarangan Velodrom Dungun.Program yang dilaksanakan pada seawal pagi pada 16 September 2022 ini telah dihadiri oleh para peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pelbagai peringkat lapisan umur.Semua enjoy dan gembira dapat bersenam bersama-sama hari ini. Bagi anda yang terlepas siri kali ini, jangan risau kerana siri seterusnya akan diadakan pada 23 September 2022.Semua dijemput hadir. Jemput semua ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan.
Dungun, 21 September 2022 - Telah berlangsung Mesyuarat Malaysia Little League Peringkat Daerah Dungun bersama Pengurus-Pengurus Pasukan pada 14 september 2022 yang lalu. Puan Noraini binti Mustafa telah mempengerusikan mesyuarat ini yang telah membincangkan beberapa perkara penting bagi pelaksanaan Malaysia Little League yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Turut hadir Encik Abd Razak bin Jusoh, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid.Terima kasih semua yang hadir.Semoga program ini berjalan dengan lancar. Demi Pembangunan Sukan.
Dungun 20 September 2022 – Kesihatan dan kecergasan diri merupakan sesuatu yang sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan yang produktif dan berkualiti. Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman kecergasan dapat membantu seseorang untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan diri.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Dungun menyeru rakyat Terengganu khususnya warga daerah Dungun untuk menyertai Program Let’s Get Fit Peringkat Daerah Dungun yang diadakan secara berkala bertempat di perkarangan Velodrom Dungun bermula pukul 7.00 pagi.
Bertambah menarik program ini turut menawarkan hadiah kepada para peserta yang telah mengikut semua siri program ini dan yang tertinggi berjaya mengurangkan berat badan. Pada siri Let’s Get Fit baru-baru ini iaitu pada 9 September 2022 telah diadakan aktiviti senamrobik dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Turut hadir Puan Nurul Fathiah binti Pauzi, Pegawai Pembangunan Sukan Kecergasan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Let’s Get Fit ! Jom turun padang. Bersama kita membudayakan sukan.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun
DUNGUN, 14 SEPTEMBER 2022 – Team Sukarelawan Rakan Muda Dungun yang terdiri daripada ahli Kelab Rakan Muda Dungun dan peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang biasanya menjadi sukarelawan pasca bencana. Namun pada 10 September 2022 yang lalu aktiviti sukarelawan sukan dalam menjayakan Program Fun Run sempena Bulan Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun. Mereka dapat pengalaman baru dan pengetahuan berkaitan pengurusan acara sukan serta boleh dicatatkan dalam buku diari ARPRM.
Antara perkara atau aktiviti yang boleh disertai oleh anak muda adalah dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan. Pelbagai eleman dalam dunia kesukarelawanan ini antaranya adalah sukarelawan bencana, sukarelawan sosial, sukarelawan sahsiah dan sukarelawan sukan. Dengan menyertai pelbagai elemen kesukarelawanan akan memberikan setiap individu pengalaman dan pengetahuan baru seterusnya membentuk keperibadian dinamik yang mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan meningkatkan tahap kebolehan diri.
“Masa muda jangan pernah sia-siakan, simpankan sebagai memori, Jadikan polaroid”. Itu adalah antara lirik lagu yang bertajuk ‘Polaroid’ nyanyian Sakura Band yang mengingatkan kepada anak muda untuk menghargai usia muda dengan melakukan perkara-perkara yang membawa kebaikan untuk dikenang pada usia senja kelak.
Kepada Anak Muda Dungun berusia 15 hingga 25 tahun yang lain, ingin menyertai skim anugerah antarabangsa dan pelbagai aktiviti kesukarelawan boleh mendaftarkan diri ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun atau hubungi 09-8423121 (Pejabat) / 016-2625275 (Encik Fir). Jom kita bergandingan bersama bersatu teguh, bercerai roboh.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Nerus.
KUALA NERUS, 14 SEPTEMBER 2022 -Telah berlangsung Program 1000 Liga Kejohanan Lawn Bowls Peringkat Daerah Kuala Nerus anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Persatuan Lawn Bowls Terengganu bertempat di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Gong Badak. Pada 9 September 2022 (Jumaat) yang lalu.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Mohmad Bin Embong,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, turut sama Penolong Setiausaha Persatuan Lawn Bowls Terengganu Hj Zulkifli Bin Wahab dan AJK Program Pi Ramli bin Nawi. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan kepada semua AJK Persatuan dalam menjayakan program pada kali ini.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Nerus.
KUALA TERENGGANU, 14 SEPTEMBER 2022 - Telah melabuhkan tirai Program 1000 Liga Kejohanan Lawn Bowls Peringkat Daerah Kuala Terengganu anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Persatuan Lawn Bowls Terengganu bertempat di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Gong badak. pada 10 Sepetember 2022 (Sabtu)
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Mohmad Bin Embong,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, turut sama Penolong Setiausaha Persatuan Lawn Bowls Terengganu Hj Zulkifli Bin Wahab.Tahniah dan syabas kepada semua pemenang pada kali ini. Sampai jumpa lagi di masa yang lain.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu