Selesai Program Inspire Exploration OKU Kebangsaan 2022 bertempt di Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre Marang, Terengganu selama 3 Hari 2 malam.
Majlis perasmian dan penutup di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Izwandy bin Ismail.
Turut hadir sama Pn.Hjh Wan Salmah binti Wan Hamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. En Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah SukanJabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Cik Suhana binti Hashim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan.
En. Mohd Suhaimi bin Endut, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu dan En. Ramzi bin Mamat, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Marang.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para Jurulatih Persatuan Rekreasi Daerah Marang, pihak urusetia dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga dengan adanya program sebegini dapat memupuk keyakinan dan semangat dalam diri peserta.
Disediakan Oleh: Unit Urusetia Portal JBSNT
+6
2020
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
- JBS Terengganu
- Hits: 192
