DUNGUN, 6 FEBRUARI 2023 – Taklimat Perakaun Terimaan Sistem iGMAS dan pemasangan sistem iGFMAS di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun pada 2 Februari 2023
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Fadhilah binti Husni, Penolong Akauntan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang dibantu oleh Puan Zaidah binti Zahid dan Pegawai Teknologi Maklumat Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada mereka. Taklimat dalam kumpulan kecil di lapangan seperti ini telah memberi pengetahuan dan penerangan yang lebih jelas berkenaan tatacara perakaunan terimaan dan hasil perakaunan akruan.
DUNGUN, 6 FEBRUARI 2023 – Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) merupakan kawasan tumpuan yang dikenal pasti menghadapi masalah penagihan dadah berdasarkan 60% populasi orang kena pengawasan (OKP) seluruh negara serta ia juga merupakan kawasan yang menyumbang permasalahan sosial seperti pelencongan sosial dan jenayah berkaitan penagihan dadah. Penentuan sesuatu kawasan berisiko tinggi adalah berdasarkan kepada empat indikator utama iaitu OKP, Orang Yang Disyaki (OYDS), penagih baru serta tahap kesediaan komuniti (AADK, 2020)
Bagi menangani masalah ini dan dalam usaha mengurangkan kawasan berisiko tinggi di daerah Dungun, telah berlangsung Mesyuarat Program Kolaborasi Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi pada 1 Februari 2023 bertempat di Pejabat Daerah Dungun.
Puan Che Rubiah binti Shafie mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun telah hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Yang berusaha Encik Jusman bin Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat ini dan semoga segala perancangan dan kerjasama antara semua pihak akan membuahkan hasil dengan pengurangan kawasan berisiko tinggi di daerah Dungun.
Bersama kita bergading bahu bagi mencapai misi ini demi kepentingan bersama.
GONG BADAK, TERENGGANU, 6 FEBRUARI 2023 - Program MyFit @ Motorsports Peringkat Zon Timur 2022 Perlumbaan Motocross KBS yang telah berlangsung selama 2 hari di Litar Motocross Gong Badak, Terengganu Pada 4 Februari hingga 5 Februari 2023.
Perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah diiringi oleh Pengarah Jabatab Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Izwandy bin Ismail dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, En. Ahmad Shahrizal bin Yahya.
Turut hadir sama bagi majlis perasmian petang tadi adalah Presiden Kelab Motosikal Lasak Chukai (KMX), En. Aziz bin Arifin. Wakil Motorsports Association of Malaysia (MAM), En. Hj Hasyim bin Yusoff dan Wakil - Wakil Jabatan Negeri Terengganu.
Bagi kategori MX Cadet 50cc
Johan dirangkul oleh Rider Wanita iaitu adik Nurin Wahidanie Mohd Rahimi.
Bagi kategori MX Cadet 65cc
Johan dirangkul oleh adik Muhammad Zill Qayyim bin Muhammad Yusnizam.
Bagi kategori CubCross A pula, Johan dirangkul oleh Ahmad Kamarul Munir bin Abdul Rasyid.
Kategori CKD A, Johan dimenangi oleh Faisharil Ismail dan Johan bagi kategori CKD B adalah Che Wan Ahmad Danial Che Wan Zakaria.
Kategori akhir yang dipertandingkan pada petang tadi adalah Kategori MX Novice A
yang dimenangi oleh Patthipat A/L Therapongs Rattanaphant dan kategori MX Novice B di rangkkul oleh Eqwan Nazrin Bahrin.
Satu perlumbaan yang cukup
hebat
dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan daripada ”Rider - Rider” yang terlibat.
Ribuan terima kasih, Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program MyFit @ Motorsports Peringkat Zon Timur 2022 Perlumbaan Motocross KBS terutamanya kepada Kelab Motosikal Lasak Cukai - KMX.
KUALA TERENGGANU, 6 FEBRUARI 2023 - Selesai sesi penyampaian hadiah pada 5 Februari 2023 bagi kategori MX Junior dan CubCross B.
Penyampian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir bin Abd Razab, Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) dan Ustaz Soud bin Said, Pengarah Unit Penerangan Darul Iman diiringi oleh En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Bagi kategori MX Junior dirangkul oleh:
Tempat pertama :
Nik Muhammad Haris Nik Sir
Tempat kedua : Muhammad Zharfan Aniq Muhammad Yusnizam
Tempat Ketiga : Ahmad Aniq Zakwan Ahmad Zairul
Tempat keempat : Nur Alisa Umaira binti Azlimee
Tempat kelima : Mohammad Izham Syazwan Mohamad Mokhtar
KUALA BERANG, 6 FEBRUARI 2023- Bertempat di Rumah Rehat Kerajaan, Kuala Berang, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Negeri Terengganu Bil.1/2023 Sesi 2022 - 2025 pada 3 Februari 2023 (Jumaat). Mesyuarat berkala ini diadakan bagi membentangkan laporan organisasi serta membincangkan isu-isu semasa yang perlu diberi perhatian.
Lebih bermakna lagi, Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Pasca Banjir turut diserahkan kepada Majlis Belia Daerah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan ketika musim bencana.
Majlis disempurnakan oleh YB. Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO diiringi Saudara Anas Hazizul bin Muhamad, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu. YBrs. Encik Mohd Izwandy bin Ismail turut hadir bagi bersama-sama menyokong majlis penuh bermanfaat ini.
KUALA TERENGGANU, 6 FEBRUARI 2023 - Majlis Santai makan malam menyambut kedatangan semua pemain yang baru tiba di Terengganu, Pada 1 Februari 2023 (Rabu) lalu. Turut memeriahkan Makan malam ini dihadiri Wakil Exco Sukan, Belia & Ngo, Wakil @officialterengganufc , @sasoakai.resources dan juga Presiden @esmtrg
DUNGUN, 1 FEBRUARI 2023 – Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik yang diwakili oleh Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun pada 30 Januari 2023 (Isnin) yang lalu bagi membincangkan beberapa perkara demi pembangunan belia.
Untuk makluman semua, IKBN Kemasik yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu menawarkan pelbagai kursus kemahiran antaranya Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan), Sijil Teknologi Personal (Terapi Kecantikan), Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut), dan Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Penerbitan Video).
Para belia yang berminat untuk memasuki IKBN Kemasik, bolehlah menghubungi IKBN Kemasik ditalian 09-8664500. Pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya penginapan asrama, makan minum 3 kali sehari, perpustakaan, fasiliti sukan, penggunaan wifi percuma dan elaun bulanan.
Dungun, 1 FEBRUARI 2023 – 30 Januari 2023 Bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah berlangsung STARS d’Leads Award Pendidikan Khas Daerah Dungun, anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, pada 30 Januari 2023 (Isnin). Dalam majlis ini Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun telah menerima Sijil Penghargaan sebagai Ahli Jawantkuasa Induk Pendidikan Khas Daerah Dungun tahun 2022.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Dungun ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PPD Dungun atas penyampaian sijil penghargaan ini. PBSD Dungun sentiasa sedia memberikan kerjasama dan komitmen bagi pembangunan belia sekolah termasuklah pelajar Pendidikan khas. Semoga hubungan kerjasama yang baik antara PBSD Dungun dan PPD Dungun akan terus kukuh dalam mencapai matlamat bersama.
DUNGUN, 1 FEBRUARI 2023 - Persatuan Petanque Daerah Dungun (PADU) sekali lagi telah mengharumkan nama Dungun apabila telah menjuarai Kejohanan Petanque Berpasukan Antara Daerah Piala Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman.
Kejohanan yang berlangsung pada 28 Januari 2023 yang lalu bertempat di Pulau Warisan Arena Petanque Boules, Terengganu yang melibatkan pasukan-pasukan dari daerah Terengganu. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat PADU dan semua yang terlibat. Semoga PADU terus aktif dalam penganjuran dan penglibatan aktiviti sukan petanque dan seterusnya membantu menjayakan agenda negara bersukan.