BESUT, 13 OKTOBER 2022 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Besut 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut pada 8 Oktober 2022 yang lalu.
MARANG, 13 OKTOBER 2022 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Marang pada 8 Oktober 2022 yang lalu, bertempat di Maecon Sport Centre, Kelulut Marang. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Marang.
Dungun, 13 OKTOBER 2022 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Dungun 2022 yang telah diadakan pada 8 Oktober 2022 yang lalu, HSN yang diadakan telah mendapat penyertaan yang amat menggalakan daripada warga Dungun.
Seawal pukul 7.00 pagi para peserta telah hadir berkumpul bagi menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Dungun yang turut disambut serentak di seluruh negara. Bertambah menarik pelaksanaan HSN Dungun julung kalinya diadakan di Velodrom Dungun.
HSN Dungun dimulakan dengan aktiviti kecergasan Senamrobik, Fun Run 3 kilometer dan Fun Ride 14 kilometer. Ybrs. Encik Jusman bin Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun telah membuat perlepasan bagi acara tersebut.
Let's Try Skyrunner, Shoot & Goal, Shoot Goal Netball, Pekkong Tin, Boling Nyior dan pertandingan mewarna serta cabutan bertuah antara aktiviti sampingan yang telah dilaksanakan bagi memeriahkan lagi sambutan HSN Dungun.
HULU TERENGGANU, 13 OKTOBER 2022 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2022 dilaksanakan serentak pada 8 Oktober 2022 yang lalu, bertempat di Politeknik Hulu Terengganu setelah 2 tahun tidak dapat dilaksana akibat penularan wabak Covid-19.Pelbagai acara dilaksanakan pada sambutan kali ini seperti Senamrobik, Fun Walk, Bola Jaring 3 on 3, Sepak Penalti Futsal, Sukan Rakyat, Pertandingan Memanah, Mari Mencuba Paintball, Mari Mencuba PS4, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Agensi Kerajaan dan Derma Darah.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dr. Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau.
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
Ikhlas, dari Pengarah dan seluruh keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 13 OKTOBER 2022 - YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu berkesempatan melakukan walkabout di tapak Karnival Sukan Inspire OKU Aktif bersempena SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU pada 8 Oktober 2022 yang lalu.
KUALA TERENGGANU, 13 OKTOBER 2022 - Program Pubg Mobile Tournament juga berlangsung di Dataran Pantai Batu Buruk sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2022.
KUALA TERENGGANU, 13 OKTOBER 2022 - Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari 7 hingga 8 Oktober 2022 yang lalu dengan perasmiannya yang berlangsunag pada 8 Oktober di Dataran Pantai Baru Buruk, Kuala Terengganu oleh YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Negeri Terengganu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ni berkata antara program pengisian HSN2022 adalah Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let's Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan "Powerboat" ASEAN.
HSN2022 juga turut membabitkan kerjasama strategik dengan pihak swasta dan NGO bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia di semua peringkat. Dan pelbagai aktiviti sukan yang dilaksana pada HSN 2022 tahun ini antaranya Fun Orienteering, Kayuhan Terengganuku Comey 2.0,Fun Beach Run, Penalti Pantai, Pubg Mobile Tournament,Sukan Inspire OKU dan pelbagai lagi acara sukan yang diadakan.
Hari Sukan Negara adalah acara tahunan KBS bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya.