- JBS Terengganu
- Hits: 174
PROGRAM FELO PERDANA 2023
Permohonan bagi menyertai Program Felo Perdana 2023 telah dibuka sehingga 8 Jun 2023. Untuk makluman, program Felo Perdana merupakan sebuah program berkonsepkan mentoring melibatkan penempatan mentee (felo) bersama Ahli Jemaah Menteri.
Butiran-butiran program adalah seperti berikut:
Program Felo Perdana 2023
Tarikh Permohonan: 10 Mei 2023 - 8 Jun 2023
Laman web permohonan: myfelo.kbs.gov.my
Kriteria permohonan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2023.
3. Calon fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4. Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
5. Tidak pernah menyertai program Parlimen Belia Malaysia dan Felo Perdana & Felo Korporat anjuran KBS sebelum ini.
6. Permohonan Felo Perdana terbuka kepada:-
• Calon Siswa yang sedang belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda (undergraduate) dari mana-mana IPTA / IPTS dalam atau luar negara.
• Calon Graduan (Ijazah Pertama) yang telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana IPTA / IPTS dalam atau luar negara atau yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana/ PhD (postgraduate).
7. Setiap permohonan yang lengkap (profil dan esei) WAJIB untuk menduduki Ujian Psikometrik yang akan diadakan pada bulan Jun 2023. Pihak Sekretariat Felo akan menghantar pautan ujian tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem myfelo. Pihak Sekretariat Felo memohon kerjasama para pemohon untuk sentiasa menyemak e-mel anda.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Program Felo Perdana.
Sekian terima kasih.
- JBS Terengganu
- Hits: 174
