Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah.Semoga dapat menyinari hidup kita, dengan memperbaiki diri. Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan tahun baru ini lebih dari tahun lalu.
Ayuh semua anak muda Terengganu Ekspresikan semangat anda di
JELAJAH MINI RAKAN MUDA @ TERENGGANU 2023
Pelbagai aktiviti menarik merangkumi 10 gaya hidup Rakan Muda
Jadi nok tunggu mende lagi jumpa anda di Kompleks Rakan Muda Besut pada 22 Julai 2023 (Sabtu) bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Dikuasakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu See you there
Pernah tak anda terfikir yang idea anda boleh menyelesaikan isu sosial dan memberi impak ekonomi kepada komuniti luar bandar?
Adakah anda tahu idea dan keprihatinan anda boleh menjadi perniagaan?
Dalam kata mudah, hasil dari idea dan inovasi yang berjaya dikembangkan akan menyelesaikan isu-isu berkaitan komuniti dan persekitaran!
Sertai kami dan kami bantu anda untuk:
Memberi impak sosioekonomi
Menyelesaikan masalah sosial
Menyediakan peluang pekerjaan
Membantu persekitaran
Ayuh Sertai Program Keusahawanan Sosial Belia: Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS
Program berbentuk latihan berstruktur ini bertujuan membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial, dengan fokus untuk mengupayakan belia menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
Untuk maklumat lanjut, layari bit.ly/SERY2023 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KUALA NERUS,17 JULAI 2023 - Program Aktif @ Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2023 siri ke 9 yang telah di adakan di Taman Pusat Pentadbiran Kuala Nerus Pada 15 Julai 2023 ( Sabtu) Seramai lebih 100 orang peserta yang mengikuti program tersebut terdiri daripada komuniti setempat dan pengunjung luar yang hadir bagi program ini. Untuk makluman program ini akan diadakan 30 siri dan telah berlangsung 9 siri.
ANAK TERENGGANU KE PARLIMEN BELIA MALAYSIA, JOM UNDI CALON-CALON PILIHAN ANDA!
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu berbangga untuk memperkenalkan calon-calon Ahli Parlimen Belia Malaysia yang akan bertanding pada 13-20 Julai 2023 bagi mewakili Negeri Terengganu dalam membawa suara-suara belia ke Parlimen Belia Malaysia.
Bagi yang telah mendaftar, zahirkan sokongan anda dengan mengundi di https://parlimenbelia.kbs.gov.my. Selamat mengundi dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada calon-calon Ahli Parlimen Belia Malaysia yang telah terpilih.
DUNGUN, 17 JULAI 2023 (ISNIN) - Sebanyak 18 pasukan telah bersaing dalam Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Dungun 2023 yang diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Taman Murni Perdana, Paka, Dungun, Terengganu Pada 15 Julai 2023 ( Sabtu).
Dalam aksi sengit perlawanan akhir, SEPAKA A telah menewaskan PELAM B untuk dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai RM500.00 berserta medal dan sijil pencapaian.
Manakala, PELAM B membawa pulang wang tunai RM300.00, medal dan sijil pencapaian. PELAM C dan SEPAKA B ditempat ketiga bersama membawa pulang wang tunai RM200.00 medal dan sijil pencapaian. Juara dan Naib Juara akan mewakili daerah Dungun bagi Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi.
HULU TERENGGANU, 17 JULAI 2023 (ISNIN) - Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2023 yang diadakan di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu Pada 15 Julai 2023 (Sabtu) dengan melibatkan penyertaan sebanyak 22 pasukan yang bertanding.
Dalam aksi sengit perlawanan akhir, Padang Setenge B telah menewaskan Padang Setenga A untuk dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta medal dan sijil pencapaian. Manakala, Padang Setenga A membawa pulang wang tunai RM300.00, medal dan sijil pencapaian.
Pelandan A dan Taman Seri Sentosa C ditempat ketiga bersama membawa pulang wang tunai RM200 dan sijil pencapaian.Juara dan Naib Juara akan mewakili daerah Hulu Terengganu bagi Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi.
SETIU, 17 JULAI 2023 (ISNIN) - Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Setiu 2023 yang diadakan di Dewan Tertutup JKR, Setiu, Terengganu. Kejohanan ini bermula jam 8:30 pagi pada 15 Julai 2023 (Sabtu) sebanyak 24 pasukan yang terlibat dengan penyertaan belia seramai 168 orang.
Separuh akhir diungguli oleh pasukan Bukit Merah ‘A’, YSL, Takut Weh FC dan Putera Jaya C. Keempat-empat pasukan ini telah bersaing dengan sengit untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.
Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 beserta medal dan sijil pemenang. Manakala, Naib Johan akan membawa pulang wang tunai RM300.00, medal dan sijil pemenang.
Senarai pemenang Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Setiu 2023 disandang oleh:
Johan : Bukit Merah A
Naib Johan : Puterajaya C
Ke 3 Bersama : Takut Weh FC
Ke 3 Bersama : YSL
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Siti Nasuha Binti Ibrahim@Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu.
KUALA TERENGGANUI 17 JULAI 2023 (ISNIN) - Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2023 telah dilaksanakan bertempat di Dewan GASTEP Kuala Terengganu pada 15 Julai 2023 (Sabtu), Kejohanan ini melibatkan penyertaan 24 Pasukan bagi merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan keseluruhan sebanyak RM 1,200.00.
Johan Dan Naib Johan Peringkat Daerah akan mewakili Daerah Kuala Kuala Terengganu ke Kejohanan LSK Peringkat Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Senarai pemenang pertandingan adalah seperti berikut ~
Johan - GASTEP A
Naib Johan - GASTEP B
Ke-3 Bersama - UNISZA RHINO
Ke-3 Bersama - GASTEP C
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh En Mohmad Bin Embong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus.