- JBS Terengganu
- Hits: 132
MESYUARAT INDUK PENYELARASAN HARI SUKAN NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
TERENGGANU, 25 SEPTEMBER 2023 (ISNIN) -Telah berlangsung Mesyuarat Induk Penyelarasan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat III, Tingkat 5, Wisma Darul Iman Pada 21 September 2023 (Khamis) lepas.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB. Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Exco Pembangunan Belia,Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
Hadir bersama En. Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. En.Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta agensi swasta dan Ngo's berkaitan.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti dan acara sukan yang dirancang dan disusun atur sebagai pengisian Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu yang akan berlangsung pada 12 - 14 Oktober 2023.
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 132
