- JBS Terengganu
- Hits: 152
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN SUKAN DAN REKREASI ORANG KURANG UPAYA (PESRON) TERENGGANU KE JBSNT TUAN HAJI ASMADI BIN MOHAMAD
TERENGGANU, 27 SEPTEMBER 2023 (RABU) - Presiden PESRON Terengganu, Encik Mohd Suhaimi bin Endut bersama AJK telah melaksanakan sesi kunjung hormat ke JBSNT Tuan Haji Asmadi bin Mohamad di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 26 September 2023 (Selasa).
Pertemuan ini antara lainnya adalah perbincangan berkaitan hala tuju Atlet Para dan dalam masa yang sama membincangkan mekanisme terbaik bagi meningkatkan prestasi atlet Para dalam menghadapi sebarang kejohanan terutamanya Temasya ParaSukma pada tahun hadapan. Selain itu, tuan pengarah turut menekankan peranan utama yang perlu dimainkan oleh PESRON bagi menyusun program - program bagi menarik minat lebih ramai lagi golongan OKU untuk bergiat aktif dalam arena pembangunan sukan di Negeri Terengganu.
Turut hadir En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan JBSNT dan semua AJK PESRON.
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 152
