SETIU, 3 JANUARI 2023 (RABU) - ISNIN (01/01/2024) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu bersama warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu berada di Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah, Setiu untuk melaksanakan pembersihan Pasca Banjir Peringkat Negeri Terengganu.
Kerja- kerja Pembersihan kali ini turut hadir Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu , warga PBSD Setiu dan pihak Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah,
Sukarelawan seramai78 orang yang terdiri daripada Majlis Daerah Setiu, Kelab Rakan Muda Setiu, APM Setiu dan Persatuan Belia Kg Banggol, Setiu.
2023 Telah Melabuhkan Tirainya, Pelbagai Peristiwa Dan Program Yang Telah Diatur Dan Dilaksana Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu
bermula Dengan Nafas Baharu Rakan Muda , Diperkasakan Dengan Hari Belia Negara Dan Dibudayakan Dengan Hari Sukan Negara, Pastinya Telah Meninggalkan Kenangan Manis Buat Kita Semua.
pelbagai Cabaran Dan Kenangan Yang Telah Kita Lalui Pastinya Memberi Impak Untuk Kita Melangkah Maju Ke Tahun Yang Baru.
Dikesempatan Ini Marilah Kita Sama - Sama Berganding Bahu Dan Tenaga Bersama Dalam Merealisasikan Hasrat Dan Tujuan Kita Kearah Tahun Yang Lebih Gemilang Bersama Jbsnt.
Melangkah Ke Tahun Baru, 2024, Jbsnt Komited Memberikan Yang Terbaik Dalam Pelaksanaan Rakan Muda, Belia Dan Sukan Di Negeri Terengganu Yang Tercinta.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 Tulus Ikhlas Dari Pengarah, Kepimpinan Serta Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu.
DUNGUN,TERENGGANU, 31 DISEMBER 2023 (AHAD) - KHAMIS (28/12/2023) - Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun mula bersama penduduk di daerah Dungun untuk melaksanakan pembersihan Pasca Banjir di sekitar kawasan Felda Kerteh 4, Bandar Ketengah Jaya, Dungun pada 28 Disember 2023 lepas (Khamis)
Pembersihan ini turut disertai seramai 150 orang Sukarelawan Pasca Banjir yang berkumpul di Dewan Semai Bakti Felda Kerteh 4 dan mengerjakan aktiviti gotong-royong dari rumah ke rumah.
Sukarelawan yang terdiri daripada Majlis Belia Daerah Dungun, Kelab Rakan Muda Dungun, Jabatan Kerja Raya Dungun dan Balai Bomba Al-Muktafi Bilal Shah bersama berganding bahu membersihkan kawasan yang terkesan akibat banjir.
KUALA TERENGGANU, 31 DISEMBER 2023 ( AHAD) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah berjaya melaksanakan Kejohanan Bowling Muhibbah JBSNT Terengganu 2023 buat kali ke 3. Kejohanan ini telah berlangsung di Pusat Bowling Terengganu Equestrian Resort (TER) Pada 17 Disember 2023.
Tuan Pengarah JBSNT juga turut sama serta dalam Kejohanan Jalinan Muhibbah JBSNT. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara pegawai Jabatan dengan Pegawai Daerah. Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian karnival sukan dan menjadi aktiviti penutup untuk tahun 2023 sebelum rancangan takwim 2024 bermula. Diharapkan dengan kejayaan penganjuran pertandingan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih jitu antara anggota JBSNT.
KUALA TERENGGANU, 31 DISEMBER 2023 ( AHAD ) - Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif terkini KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) kepada kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dalam kalangan keluarga B40. Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini Pada 15 Disember 2023 (Jumaat) lalu.
Pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada peserta seperti berikut :
- Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat
- Membina keyakinan di dalam air (water confidence)
- Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang
HULU TERENGGANU, 31 DISEMBER 2023 ( AHAD) - Bertempat di Rumah Bot Tasik Kenyir Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Hulu Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Peringkat Negeri Terengganu dengan melibatkan 3 SRM iaitu SRM Unisza, SRM UMT dan SRM Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun.
Program yang berlangsung pada 11 hingga 12 Disember 2023 melibatkan para mahasiswa yang memegang jawatan dalam SRM. Antara objektif utama dalam bengkel ini ialah untuk memberi kefahaman kepada para pemimpin SRM berkaitan hala tuju KBS terutamanya berkaitan tentang Rakan Muda Nafas Baharu yang memperkenalkan 10 gaya hidup yang baharu.
Di samping itu juga para peserta turut di dedahkan dengan konsep kesurelawanan, cara untuk membuat kertas kerja, kaedah permohonan e-bantuan KBS dan kaedah pengucapan awam/komunikasi yang berkesan.
Para peserta juga di dedahkan dengan elemen pepimpinan melalui program dan aktiviti rekreasi yang di kendalikan oleh Persatuan Rekreasi Daerah Marang. Terima kasih kepada Dr Normah Awang Noh pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Gunaan Unisza dan Encik Zaidi bin Muda Pengerusi Kelab Cakna Negeri Terengganu atas perkongsian ilmu bagi memantapkan lagi ilmu kepimpinan dan kesukarelawan di kalangan para peserta.
TERENGGANU, 27 DISEMBER 2023 - " Sukarelawan ini tidak dibayar bukan kerana mereka tidak berharga, tetapi kerana mereka tidak ternilai! "
Itulah antara petikan ucapan yang memberi semangat kepada sukarelawan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu sempena majlis penutup Hari Sukarelawan Belia Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2023.
Program yang diadakan Pada 10 Disember 2023 (Ahad) lalu bertempat di Asrama Perkaya Anak Yatim Marang ini telah dihadiri kira-kira 173 orang sukarelawan terdiri daripada para remaja di seluruh negeri Terengganu. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah gotong royong membersihkan surau dan padang asrama dan mengecat kawasan persekitaran.
Program ini juga melibatkan agensi seperti IKBN Wakaf Tapai, Fakulti Sains Sosial Gunaan Unisza, AADK Marang, SMK Seri Serating, Marang dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Marang.
KUALA TERENGGANU, 27 DISEMBER 2023 -, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu Bersama Permint Urus Dengan Kerjasama Urusetia Belia Sukan Dan Ngo Terengganu Sejahtera (Ubsnt) Telah Mengadakan Tayangan Skrin Besar Bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 Pada 8 Disember ???? 8.00 ????? (Jumaat) Bertempat Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral (Bawah Parkir Bowling PB Square), Kuala Terengganu Antara Terengganu Fc Vs Jdt Fc. Tayangan Ini Diadakan Di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral (Bawah Parkir Bowling Pb Square), Kuala Terengganu Dan Dimeriahkan Dengan Kehadiran Sekitar 8200 Orang Penonton Dari Seluruh Pelusuk Terengganu Yang Tidak Berkesempatan Untuk Menyksikan Perlawanan Akhir Ini Di Stadium.
Cuaca Yang Agak Baik Pada Malam Ini Membolehkan Semua Penonton Setia Menonton Perlawanan Pasukan Kebanggaan Mereka Berentap Dalam Perlawanan Akhir Sehingga Tamat Perlawanan.
Penyokong Terengganu Fc Dikejutkan Pada Awal Perlawanan Apabila Pemain Jdt, Bergson Da Silva Menyempurnakan Sepakan Penalti Selepas Azam Azmi Murad Didakwa Mengasari Fernando Forestieri.
Namun Suasana Kembali Gamat Dengan Kegembiraan Apabila Kelebihan Jdt Pada Awal Permainan Berjaya Direntap Penyerang Import Tfc, Ivan Mamut Juga Menerusi Sepakan Penalti Pada Minit Ke-21 Apabila Dia Dijatuhkan Kapten Jdt, Jordi Amat.
Kedua-Dua Pasukan Saling Menyerang Antara Satu Sama Lain Bagi Mencari Gol Pendahuluan Namun Kedudukan 1-1 Kekal Sehingga Minit Ke 73 Apabila Feroz Menanduk Masuk Bola Sepak Penjuru Heberty Fernandes Untuk Kembali Meletakkan Jdt Di Hadapan.
Terengganu Fc Terus Berusaha Untuk Mencari Gol Penyamaan Namun Gagal. Pada Minit Ke-93 (Masa Kecederaan), Arif Aiman Hanapi Melengkapkan Kemenangan Jdt Apabila Meledak Gol Ketiga Menerusi Sepakan Penalti Selepas Dia Dijatuhkan Shahrul Nizam Ros Hasni.
Terengganu Fc Terus Berjuang Sehingga Tamat Permainan Namun Keputusan Kekal Dengan Kedudukan 1-3 Sekaligus Menobatkan Jdt Selaku Juara Piala Malaysia Bagi Edisi Kali Ini Dan Terengganu Fc Dinobatkan Selaku Naib Juara.Turut Hadir Sama Menyaksikan Perlawanan Pada Malam Ini Adalah VVIP
1. Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu.
2. En. Mohd Qayyum Bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu.
3. Ustaz Mohd Riduan Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Urusetis Belia, Sukan Dan Ngo Terengganu Sejahtera (Ubsnt)
4. En. Zani Bin Elias, Manager Director Pmint Urus
Tahniah Diucapkan Buat Pasukan Terengganu Fc Kerana Terus Berjuang Sehingga Ke Wisel Penamat. Walaupun Tewas, Namun Terengganu Fc Tetap Berada Di Hati Admin.
Terima Kasih Juga Diucapkan Kepada Semua Yang Terlibat Kerana Memberi Kerjasama Yang Baik Dalam Menjayakan Program Pada Malam Ini. Jumpa Lagi Di Lain Siri.
BUKIT JALIL , 27 DISEMBER 2023 - YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Telah Hadir Menyempurnakan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahun 2023 Bertempat Di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil
Seramai 10 Orang Peserta Dan 2 Badan Operasi Dari Negeri Terengganu Iaitu BO PBSD Besut Dan BO SMK Bukit Payung Telah Menerima Tauliah Tahap Emas Dan Penghargaan Pada Majlis Kali Ini
Turut Hadir, Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu.
Semoga Dengan Pentauliahan Ini Akan Menaikkan Semangat Rakan Rakan Kita Untuk Lebih Cemerlang