Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan membuka permohonan penyertaan ke Kem Pemilihan Program pertukaran Belia Antarabangsa bagi tahun 2024.
Sehubungan itu, Kem Pemilihan ini telah di buka kepada yang berminat boleh melayari http://exchange.kbs.gov.my/ bagi tujuan permohonan untuk mengikuti program-program ini. Permohonan ini dibuka bermula pada 8 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2024.
Sebarang pertanyaan boleh berhubungi sekretariat di talian 03-8871 3291 / 03-8871 3282.
KUALA TERENGGANU, 24 JANUARI 2024 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad mengadakan sesi kunjung hormat kepada Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKP Hazrul Shazreen bin Abd Yazid.
Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memperkukuhkan lagi jalinan strategik selain perbincangan dua hala berkenaan program-program yang boleh dilaksanakan antara SPRM Terengganu dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Hadir bersama dalam sesi ini adalah Timbalan Pengarah JBSNT, En. Mohd Qayyum bin Rahman. Penolong Pengarah JBSNT, Pn. Nurul Afifa Sofina bt Azmi. PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah Pencegahan. PPj Zainal bin Ayob, Timbalan Pengarah Operasi. KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat. PKPs Mohd Ridhuan bin Muhammad Hussin,Ketua Unit Rekod.
TERENGGANU, 21 JANUARI 2024 - Tayangan Skrin Besar yang telah berlangsung bagi Perlawanan ke 2 Piala Asia 2023 antara Bahrain vs Malaysia pada malam ini di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral (Bawah Parkir Bowling PB Square), Kuala Terengganu telah disaksikan oleh peminat bola sepak negara yg hadir hampir 2000 orang.
VVIP yang turut hadir pada malam ini adalah:
1. Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
2. Tuan Hj Asmadi bin Mohamad,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
3. En. Mohd Irsyad Syafiq bin Burhanuddin, Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT)
Turut Hadir sama
1. En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
3. En. Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Terima kasih juga diucapkan kepada PMINT Urus dan UBSNT kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang sanggup memberi sokongan membanjiri program pada pgi ini. Jumpa perlawanan ke 3.
KUALA TERENGGANU, 17 JANUARI 2024 - Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) kini dijenamakan menjadi Terengganu Polygon Cycling Team adalah merupakan anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu yang telah diperbadankan pada 1 April 2011 Di Bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan sebuah syarikat berhad. Kini TSG sudah mencecah hampir 13 tahun penubuhannya.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, mengadakan sesi kunjung hormat ke atas CEO Terengganu Polygon Cycling Team, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.
Pertemuan ini antara lain untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara JBSNT dan TSG dalam memperkasakan dan mengupayakan pembangunan belia dan sukan khususnya dalam industri sukan berbasikal.
Selain itu, pertemuan ini adalah bagi mengetaui hala tuju dan perancangan masa hadapan TSG dalam industri sukan berbasikal yang mana adalah satu satunya syarikat berbasikal profesional di Malaysia.
Turut hadir dalam pertemuan ialah Encik Mohd Qayyum bin Rahman Timbalan Pengarah Sukan JBSNT dan Encik Nasiruddin bin Wan Idrus, COO TSG.
TERENGGANU, 16 JANUARI 2024 - Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) yang di ketuai oleh Pengarah UBSNT, En. Mohd Irsyad Syafiq bin Burhanuddin mengadakan sesi kunjung hormat ke atas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, JBSNT.
Pertemuan ini antara lain untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara UBSNT dan JBSNT dalam merangka, memperkasakan dan mengupayakan pembangunan belia dan sukan di Negeri Terengganu.
Pilihak UBSNT juga menyatakan hasrat sepenuhnya untuk bersama dengan JBSNT dalam apa jua progaram yang akan dilaksanakan diperingkat negeri atau daerah.
KUALA TERENGGANU, 16 JANUARI 2024 -Tayangan Skrin Besar yang telah berlangsung bagi Perlawanan Piala Asia 2023 antara Malaysia vs Jordan betempat di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral (Bawah Parkir Bowling PB Square), Kuala Terengganu yang menyaksikan peminat bola sepak negara dari rakyat Negeri Terengganu anggaran hampir 2000 orang.
Pasukan Negara tersentak dengan gol pertama yang dijaringkan oleh Mahmood Al Mardi pada minit ke 12.
Pada minit ke-18 Musa Al Tamaari menyempurnakan sepakan penalti setelah Matthew Davis menjatuhkan pihak lawan di dalam kotak. Manakala minit ke 32 sekali lagi pemain prolifik Jordan Mahmood Al Mardi menjaringkan gol ke tiga buat Jordan dan keputusan kekal sehingga separuh masa pertama. VVIP yang turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah:
1. En. Mohd Sabri bin Abas, CEO TFC
2. Tuan Hj Asmadi bin Mohamad,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
3. Ustaz Mohd Riduan bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Urusetis Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT)
4. En. Zani bin Elias, Manager Director PMINT Urus.
Turut Hadir sama
1. En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya walaupun tidak berjaya menewaskan pasukan Jordan namun anda tetap dihati kami..
Terima kasih juga diucapkan kepada PMINT Urus dan UBSNT kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang sanggup memberi sokongan membanjiri program pada pgi ini. Jumpa di lain siri.