KUALAT TERENGGANU, 24 MAC 2024 ( AHAD) - Bermain di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat menyaksikan pasukan negara tewas kepada pasukan ranking ke 80 dunia Pada 22 Mac 2024 Jam 2.00 Pagi Malaysia Menyaksikan
Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertemuan di antara Oman menentang Malaysia berkesudahan dengan keputusan 2-0.Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dengan momentum cemerlang musim ini.
Pada babak pertama perlawanan kedua - dua pasukan mengasak kubu masing2 namun tidak membuahkan hasil.
Perlawanan separuh masa kedua tidak mengambil masa yang lama apabila jaringan perancang tengah pada minit ke 58 Al Sabhi berjaya membuka tirai buat pasukan Oman.
Walau bagaimanapun, anak buah Kim Pan Gon tidak berputus asa dengan memberi tekanan kepada Oman namun tidak dapat mengubah kedudukan.
Pada minit ke 89 psukan Oman menambah jaringan menerusi Muhsen Saleh Al-Ghassani dan Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Harimau Malaya tewas dengan keputusan 2-0.
Penonton pada malam ini di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentra anggaran hampir 6000 orang.
Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah:
VVIP
1. Tuan Hj Asmadi bin Mohamad,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
2. En. Zani bin Elias, Manager Director PMINT Urus.
Turut Hadir sama
1. En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
2. Pn. Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Penolong Pengarah Belia JBSNT.
3. En. Nor Hisham bin Mohamad Pegawai Rakan Muda Belia JBSNT.
4. En Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Hulu Terengganu
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya pada malam ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada PMINT Urus, MBKT dan UBSNT kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang sanggup memberi sokongan membanjiri program pada pgi ini.
Jangan lupa kita Jumpa pada aksi timbal balik pada 26 Mac ini di lokasi yang sama.
- JBS Terengganu
- Hits: 162
