APBN adalah sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara.
Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperoleh pencapaian membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.
3 Kategori ini meliputi :
1. Kategori Individu Lelaki
2. Kategori Individu Wanita
3. Kategori Pertubuhan Belia
Sila imbas Kod QR untuk dapatkan nombor Pejabat Belia dan Sukan terdekat serta maklumat dokumen yang berkaitan.
TARIKH TUTUP PENCALONAN
Tempoh Pencalonan dan Penghantaran Dokumen APBN adalah sehingga 29 Februari 2024 (Khamis)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah bekerjasama dengan Kelab Belia Bersatu Kg. Padang Mengkuang dengan mengambil peluang untuk mengadakan ‘Bengkel Pengukuhan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2024’ pada 17 Februari 2024.
Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Tuan Muhammad Zukri bin Tuan Sembok dan Encik Mat Yusof bin Mat Ali yang merupakan individu yang berpengalaman dalam bidang ini iaitu Kategori Individu Lelaki & Wanita serta Pertubuhan Belia. Tidak ketinggalan juga sesi perkongsian Johan APBN Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 oleh Pengerusi Persatuan Belia Setia Pakat, Encik Abdul Karim bin Ibrahim.
Bengkel ini merupakan platform perkongsian ilmu dan maklumat terkini untuk disampaikan kepada calon-calon APBN sebagai langkah persediaan sebelum sesi penilaian.
Seramai 38 orang terlibat secara berperingkat iaitu dalam kalangan calon-calon APBN pelbagai daerah, wakil Majlis Belia Daerah serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Pengerusi Masjid Kg. Surau Haji Yaakob, Encik Zaidi bin Muda telah merasmikan ‘Bengkel Pengukuhan Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Terengganu 2024’.
Disediakan Oleh : Bahagian Pembangunan Belia, JBSNT
Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Cabaran 4x4 KBS 2024 bertempat di Trek Kampung Bukit Datu, Kuala Nerus pada 16 Februari 2024.
Program ini adalah dibawah Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Sukan Pacuan Empat Roda Malaysia dan Kelab Sukan Pancuan Empat Roda Ummah Terengganu.
Turut hadir sama Adun Bukit Tunggal, YB Sr Zaharuddin Zahid dan En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Semoga program ini akan menjadi usaha berterusan untuk memastikan sukan rekreasi terus diperkasakan.
Disediakan Oleh : Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNT
JBS Negeri Terengganu telah mengambil satu inisiatif mengadakan Kursus Asas Pengurusan Rekod dan Pelupusan Fail pada 13 Februari - 14 Februari 2024.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Bonnyta binti Bujang, Penolong Pengarah Jabatan Arkib Negeri Terengganu untuk memberi pencerahan tentang menguruskan rekod dan fail. Kursus ini adalah bagi mendefinisi dan menerangkan asas-asas pengurusan rekod awam dalam pelbagai bentuk yang patut diuruskan secara berkesan dan sistematik. Seterusnya menjelaskan kaedah pelaksanaan sistem rekod yang berkesan selaras dengan Panduan Pengurusan Rekod Awam dan mematuhi peraturan dan prosedur pengendalian rekod dengan cekap dan teratur.
Seramai 40 orang peserta dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Daerah telah menyertai kursus ini.
Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Qayyum bin Rahman telah merasmikan majlis Kursus Asas Pengurusan Rekod dan Pelupusan Fail.
Turut hadir Pegawai Rakan Muda JBSNT, En Nor Hisham bin Mohamad.
Semoga para peserta dapat mengaplikasikan apa yang telah dicurahkan dan diberikan oleh Puan Bonnyta binti Bujang selama 2 hari.
Kejohanan Olahraga Mini Para Peringkat Negeri Terengganu 2024 telah dilaksanakan pada 5 Februari 2024 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON). Antara Objektif utama pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk pencarian bakat-bakat baharu dikalangan sekolah pendidikan khas bagi seluruh daerah Negeri Terengganu untuk diketengahkan ke peringkat seterusnya. Selain itu, dapat meningkatkan keyakinan diri Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam memupuk semangat kesukanan dan setiakawan serta memberi peluang untuk bersama-sama mewakili Negeri ke peringkat yang lebih tinggi.
Keseluruhan penyertaan peserta seramai 250 yang melibatkan 8 daerah di negeri terengganu serta 35 orang pegawai dan teknikal yang terdiri daripada guru-guru sekolah pendidikan khas.
Turut hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Turut hadir sama Encik Mohd Nordin bin Zakaria selaku daripada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus dan En Fakruddin bin Zakaria selaku Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON).
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNT
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN BELIA SAHABAT SEJAHTERA KEPADA PENGARAH JBSNT
Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Negeri Terengganu (PBSSNT) yang di ketuai oleh Pengerusi PBSSNT, En. Mohamad Yusuf bin Abdullah mengadakan sesi kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, JBSNT pada 4 Februari 2024
Pertemuan ini antara lain untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara PBSSNT dan JBSNT dalam membentuk keperibadian anak muda ke arah yang lebih baik dan melahirkan generasi kepimpinan sahsiah dan jatidiri di peringkat akar umbi di Negeri Terengganu.
Pihak PBSSNT juga bersedia bagi memberi semangat yang positif untuk bersama dengan JBSNT dalam apa jua aktiviti dan program yang akan dilaksanakan diperingkat negeri atau daerah.
Turut hadir Penolong Pengarah (Belia) JBSNT, Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi.
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, JBSNT
DUNGUN, 28 JANUARI 2024 (AHAD) - Seramai 30 orang Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Dungun termasuk Team JBSNT dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun menyertai Program Gotong Royong Pasca Banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun.
Misi dijalankan bagi memberikan khidmat masyarakat dengan bergotong royong membersihkan kawasan yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini terutamanya Sekolah Kebangsaan Pasir Raja. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mempercepatkan operasi pembersihan kesan akibat banjir yang melanda minggu lalu,
Tuan Haji Asmadi Mohamad Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut hadir bersama-sama team SATRIA membersihkan kawasan sekitar sekolah yang terjejas teruk akibat banjir lumpur.
KUALA TERENGGANU, 25 JANUARI 2024 -Tayangan Skrin Besar perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023 antara Korea Selatan vs Malaysia pada malam ini di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral (Bawah Parkir Bowling PB Square), Kuala Terengganu yang menyaksikan peminat bola sepak negara anggaran 500 orang yang hadir.dikasari dalam kotak penalti dan pemain Prolifik negara itu menyempurnakan sepakan penalti menjadikan kedudukan.Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya mengikat Korea Selatan yang berkedudukan 23 Dunia dengan 3-3.
Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah VVIP :
1. Tuan Hj Asmadi bin Mohamad,- Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
2. En. Zani bin Elias, Manager Director PMINT Urus.
3. En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
5. En. Nor Hisham bin Mohamad Pegawai Rakan Muda Belia JBSNT.
Terima kasih juga diucapkan kepada PMINT Urus dan UBSNT kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang sanggup memberi sokongan membanjiri program pada pgi ini. Jumpa di lain siri.