- JBS Terengganu
- Hits: 176
PERHIMPUNAN KONTINJEN SUKMA TERENGGANU SEMPENA 100 HARI MENJELANG SUKMA XXI, SARAWAK 2024
KUALA TERENGGANU, 9 MEI 2024 (KHAMIS) - Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan program Perhimpunan Kontinjen SUKMA Terengganu Sempena 100 Hari Menjelang SUKMA XXI, SARAWAK 2024.Program yang menghimpunkan atlet , pegawai Pada 8 Mei 2024 bertujuan memperkenalkan Ketua Kontinjen, Timbalan Ketua Kontinjen, Bapa Angkat & Jabatan Angkat selain menyatukan kekuatan serta
menyemarakkan lagi semangat Kontinjen Terengganu Hanelang yang akan ke temasya SUKMA XXI, Sarawak 2024 nanti.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad menerima Watikah Pelantikan Sebagai Jabatan Angkat bagi sukan E-Sport Sukma XXI, Sawarak 2024.
Dalam satu kenyataan media, temasya akan berlangsung di lapan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Pencapaian Kontinjen Negeri Terengganu di SUKMA XX, MSN 2022 dengan pungutan pingat 64 emas, 49 perak dan 55 gangsa menjadikan Kontinjen Terengganu sebagai penyandang naib juara keseluruhan.
Kontinjen Negeri Terengganu pada kali in melancarkan tagline “HANELANG BANGKIT 2024’ dengan membawa misi bangkit merampas kejuaraan di SUKMA XXI, Sarawak 2024.
Temasya Sukan Malaysia Ke-21, SUKMA XXI, Sarawak 2024 akan diadakan pada bulan Ogos 2024 dengan persiapan kontinjen hanya berbaki untuk tempoh 100 hari lagi.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 176
