KUALA TERENGGANU, 21 APRIL 2024 (Ahad) - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad menerima kunjungan hormat daripada pihak AADK Negeri Terengganu yang diketuai oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Terengganu, Puan Faizah binti Mat Isa Pada 15 April 2024 (Isnin) lalu.
Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memperkukuh lagi jalinan strategik selain perbincangan dua dalam usaha membanteras masala dadah dalam kalangan belia di Negeri Terengganu.
Hadir sama dalam sesi ini adalah Timbalan Pengarah Belia JBSNT, Pn Nurul Afifa Sofina bt Azmi. Penolong Pengarah Rawatan & Pemulihan AADK, Pn. Siti Rugayah binti Ismail. Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK, En. Rizaridzuan bin Othman dan Penolong Pengarah Pencegahan AADK, Pn. Ruzlin Hafinaz bt Redzuan.
Sebaik-baiknya manusia adalah mereka yang berbesar hati memberikan maaf yang tulus kepada sesamanya. Bersama untaian kata-kata yang tidak bererti ini, semoga kita mampu saling memaafkan. Baik atas segala salah kata maupun perbuatan yang pernah dilakukan.
Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang merupakan inisiatif terkini KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Terengganu dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) kepada warga emas (60-75 tahun)
Program ini dijalankan secara PERCUMA di beberapa lokasi terpilih terutamanya yang mencatatkan statistik kes lemas tertinggi di Malaysia
Antara lokasi terpilih KUALA TERENGGANU. Jadi ore ganu pakat magih belajar renang !!
Sila imbas kod QR atau klik “link” pendaftaran bagi mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut
Pelaksanaan program ini diyakini dapat memberikan manfaat kepada peserta seperti berikut:
Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat
Membina keyakinan di dalam air (water confidence)
Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang
Tempat adalah TERHAD tau! Jadi, jom sertai kami seperti berikut:
KUALA TERENGGANU 31 MAC 2024 (AHAD) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah berjaya penganjuran Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Terengganu 1445 HIjrah/2024 Masihi yang berlangsung selama satu hari Pada 27 Mac 2024 (Rabu) bertempat di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Sambutan yang mengalakkan dari remaja di Terengganu dalam program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadan pada tahun ini menunjukkan bahawa golongan remaja amat berminat dengan program bercorak pembangunan potensi dan mencabar seperti pidato, hafazan dan pertandingan azan.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad dalam ucapannya berkata JBSNT akan terus melaksanakan program-program yang menarik minat golongan belia dan sekali gus dapat memberi impak yang positif kepada individu dan juga komuniti sekeliling.
" Antara program terbaru yang dilaksanakan sempena Ramadan pada tahun ini oleh JBSNT ialah program MySaveFood Ramadan yang dilaksanakan di daerah Kuala Nerus, Setiu dan Marang. Program ini bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan di tapak bazar ramadan dengan menyalurkan makanan yang tidak habis dijual kepada komuniti yang memerlukan" katanya.
Dengan penglibatan hampir 100 orang peserta dan berakhir dengan program perasmian penutup dan penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah JBSNT.
Turut hadir Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Terengganu Encik Nasrul Hadi bin Saiadin, Saudara Anas Hazizul bin Muhammad Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu dan Pengerusi Masjid Kampung Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang.
KUALA TERENGGANU, 31 MAC 2024 - Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertemuan ke 2 di antara Malaysia menentang Oman berkesudahan dengan keputusan 0-2 Pada 26 Mac 2024 (Selasa) Jam 10.00 Malam lalu, Bertempat di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentra dengan anggaran 1000 orang yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut
Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam berkenaan adalah:-
VVIP
1. Tuan Hj Asmadi bin Mohamad,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
2. En. Zani bin Elias, Manager Director PMINT Urus.
3. En. Mohd Irsyad Syafiq bin Burhanuddin, Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT)
Turut Hadir sama
1. En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
2. En. Mohmad bin Embong, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus.
3. En. Nor Hisham bin Mohamad Pegawai Rakan Muda Belia JBSNT.
4. En Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Hulu Terengganu
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya pada malam ini kerana berusaha keras menyekat aksi Oman..
Terima kasih juga diucapkan kepada PMINT Urus, MBKT dan UBSNT kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang sanggup memberi sokongan membanjiri program pada pgi ini.
KUALA TERENGGANU, 26 MAC 2024 (SELASA) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan satu Saringan Pertandingan pada 24 Mac 2024 (Ahad) bagi Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan yang merupakan sebuah program ikonik Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Ia merupakan program penghayatan bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti kerohanian seumpama bertadarus dan khatam al-Quran, tazkirah, iftar, solat terawih dan beberapa aktiviti lain yang bersesuaian. Pelaksanaan program adalah di peringkat negeri dengan kerjasama daerah dan agensi-agensi bersesuaian.
Seramai 161 orang hadir bagi sesi saringan yang diadakan di Masjid Seberang Takir. Tahniah kepada semua yang layak ke pertandingan akhir.
Objektif Program
1. Sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
2. Melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
3. Membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
4. Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
TERENGGANU, 26 MAC 2024 ( SELASA) - Kunjungan hormat daripada deligasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah diadakan pada 24 Mac 2024 ( Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBSNT.
Delegasi UniSZA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA dan YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Pertemuan ini antara lain untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara JBSNT dan UniSZA dalam memperkasakan dan mengupayakan pembangunan belia dan sukan di Negeri Terengganu.
Kunjungan hormat ini juga turut memaklumkan secara ringkas tentang program - program yang akan berlangsung pada tahun ini seperti Hari Sukan Negara dan Hari Belia Negeri Terengganu yang melibatkan kerjasama antara JBSNT dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan juga boleh melibatkan pihak UniSZA.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah En. Akila bin Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar.Dr. Syamsul Azri bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Alumni ,Dr. Fazida binti Karim, Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar. Encik Riduan bin Mohamed Arof, Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi. Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan JBSNT dan Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi Timbalan Pengarah Belia JBSNT.