BESUT, 10 MAC 2024 (ISNIN) - Sempena Klinik Pengendalian Padang Sintetik Kompleks Sukan Jabi yang dilaksanakan satu perlawanan persahabatan antara pasukan bolasepak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dan Pejabat Daerah Dan Tanah Besut (PDTB) telah diadakan untuk menguji keupayaan Padang Bolasepak Sintetik Kompleks Sukan Jabi.
Pengarah JBSNT Tuan Haji Asmadi bin Mohamad yang juga merupakan kapten bagi pasukan JBSNT turut menyumbang gol menerusi satu sepakan penalti yang berjaya mengelirukan penjaga gawang pasukan PDTB.
Kompleks Sukan Jabi yang mula di bina pada tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024 akan dibuka dalam tempoh terdekat ini. Kedudukan Kompleks Sukan Jabi yang strategik ini merupakan berita gembira kepada peminat bolasepak di daerah Besut dan Setiu yang mahu menikmati kemudahan awam yang berkualiti dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Proses tempahan pengunaaan akan dikendalikan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut / Kompleks Rakan Muda Besut apabila ia dibuka nanti.
JBSNT mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Besut atas kerjasama dan semangat kesukanan sepanjang perlawanan persahabatan ini.
Dukacita dimaklumkan atlet Silat SUKMA Terengganu Wan Muhammad Haikal Bin Wan Hussin telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Mac 2024 bersamaan 21 Syaaban 1445H.
Semoga rohnya dicucuri rahmat serta tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman & beramal soleh.
TERENGGANU, 24 FEBRUARI 2024 (SABTU) - Footgolf adalah sukan baharu di Malaysia namun sukan ini telah lama dimainkan diperingkat antarabangsa seperti di Hungary,Argentina Sweden dan banyak lagi negara lain.Sekumpulan negara digabungkan untuk membentuk Federation for International FootGolf (FIFG) pada bulan Jun 2012,[1] dan 8 negara bermain Piala Dunia FootGolf pertama di Hungary pada tahun 2012.
Persatuan Footgolf Malaysia mengadakan satu Kejohanan FootGolf Malaysia 2024 bertempat di Ibai Golf Resort, Terengganu dimana seramai 64 orang pemain sukan ini hadir dari seluruh Malaysia.
Kejohanan ini julung kali diadakan di Negeri Terengganu sempena pembukaannya secara rasmi bagi padang FootGolf di Negeri Terengganu.
Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Qayyum bin Rahman hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.
Turut hadir En. Jeffry Dean Kottam, Naib Presiden Persatuan Footgolf Malaysia. En.Amirul Mukmin, Ketua Jurulatih Footgolf Malaysia.
KUALA TERENGGANU, 21 FEBRUARI 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menerima kedatangan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu untuk memberi penerangan ringkas berkaitan Pelaksanaan PADU. Taklimat sampaikan oleh Puan Marlini binti Sahul Hamid, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu.
Pendaftaran PADU kini dibuka kepada rakyat Malaysia bermula 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU melalui laman sesawang https://padu.gov.my/auth/daftar
Turut hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Puan Nurul Afifa Sofina bt Azmi, Penolong Pengarah JBSNT, dan Puan Norhaizan binti Mohd Basri, Timbalan Pengarah DOSM Terengganu.