- JBS Terengganu
- Hits: 185
BENGKEL PEMERKASAAN KELAB RAKAN MUDA (KRM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023
HULU TERENGGANU, 27 DESEMBER 2023 - Bengkel Pemerkasaan Kelab Rakan Muda (KRM) Peringkat Negeri Terengganu 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 hingga 2 Disember 2023 bertempat di Rumah Rakit Taman Orkid Tasik Kenyir.
Seramai 32 orang peserta dan 7 orang pegawai yang menguruskan bahagian Rakan Muda di daerah turut hadir dalam bengkel yang bertujuan untuk memantapkan para pemimpin Kelab Rakan Muda bagi memimpin KRM pada masa akan datang.
Program ini mendapat kerjasama cemerlang dari Kelab Rakan Muda Kuala Nerus dan Persatuan Rekreasi Daerah Marang.
Semoga dengan penganjuran Bengkel ini akan memberi impak yang besar kepada semangat kesukarelaan para pemimpin Kelab Rakan Muda di seluruh negeri Terengganu.
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 185
