KEMAMAN, 16 Julai 2023 - Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti 2023 Peringkat Daerah Kemaman di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman. Telah berlansung pada 15 Julai 2023 (Sabtu), 24 pasukan yang melibatkan 120 orang dari kalangan jejaka pelbagai peringkat umur beraksi dalam merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1200.00, Setelah seharian beraksi, pasukan Geliga C berjaya menundukkan keegoan pasukan Geliga A di aksi akhir kejohanan tersebut. Kedua-dua pasukan ini bakal mewakili daerah Kemaman ke Kejohanan di peringkat negeri Terengganu.
Turut hadir Encik Amran, mewakili Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman bagi mengiringi Encik Esa Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan yang layak ke peringkat seterusnya dan berharap agar semangat kesukanan sentiasa ditingkatkan.
DISEDIAKAN OLEH:
PBSD KEMAMAN
DISEDIAKAN OLEH:
PBSD KEMAMAN
- JBS Terengganu
- Hits: 132
