BESUT, 13 JULAI 2023 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Encik Asmadi bin Mohamad telah Mengadakan satu Lawatan Kerja Ke Kompleks Sukan Jabi, Besut pada 6 Julai 2023 lepas, yang bertujuan bagi meneliti kerja- kerja yang telah dilaksanakan di kompleks berkenaan. Turut hadir dalam lawatan kerja itu adalah Pegawai PBSD Besut Encik Wan Mahazani bin Wan Tahir.
TERENGGANU, 6 JULAI 2023 - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Terengganu 2023 bagi kategori pertubuhan belia telah selesai dilaksanakan bermula pada 3 hingga 5 Julai 2023.
Penyertaan bagi kategori ini adalah sebanyak 6 pertubuhan belia dan penilaian kali ini berkonsepkan lawatan dan temuduga di tempat pertubuhan masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD), Majlis Belia Daerah (MBD) dan semua yang terlibat di atas kerjasama serta sokongan kepada calon-calon pertubuhan yang bertanding.
MARANG, 5 JULAI 2023 - PROGRAM INSPIRE ITALENT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023 yang telah dilaksanakan pada 05 Julai 2023 yang lalu, bertempat di Dewan Besar Sektor Sumber Terknologi Pendidikan (SSTP)Marang, Terengganu. Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta lelaki dan 15 orang peserta wanita yang terdiri daripada JPNT (Sektor Pendidikan Khas) JKM dan individu.
Objektif utama program ini adaah sebgai platform untuk mengenalpasti dan mencungkil bakat2 baharu dalam golongan OKU untk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi melahirkan golongan OKU yang cergas dan aktif.
Majlis penutup disempurnakan oleh En. Sukni Hisham bin Umar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
KUALA TERENGGANU 6 JULAI 2023 – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu(JBSNT) yang baharu Encik Asmadi bin Mohamad di JBSNT di sini Pada 5 Julai 2023 (Rabu)
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu diketuai oleh Sdr. Mohd Rashdi Hamat.(Naib Presiden)Pelbagai perkara telah dibincangan bersama bagi memastikan agenda sukan bolasepak negeri dapat dilaksanakan dengan baik.
KUALA TERENGGANU 6 JULAI 2023 – Kelab Bolasepak Young Titans telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu(JBSNT) yang baharu Encik Asmadi bin Mohamad di JBSNT di sini, Pada 5 Julai 2023.
Kelab Bolasepak Young Titans diketuai oleh Sdr. Norhisyam bin Hassan (Timbalan Presiden) , Pelbagai perkara telah dibincangan bersama bagi memastikan agenda sukan Bolasepak dapat dilaksanakan dengan baik.
KUALA TERENGGANU, 3 JULAI 2023 - Mesyuarat penyelarasan Nafas Baru Rakan Muda 2023 yang berlangsung Pada 2 Julai 2023 (Ahad) di Bilik Mesyuarat aras 3 JBSNT.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.
Intipati Nafas Baru Rakan Muda adalah bagi melakar potensi dan ekspresi anak muda Malaysia Menjelang Tahun 2025 dengan pemperkenalkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
DUNGUN, 3 JULAI 2023 - Lawatan Kerja ke Velodrom Dungun, Terengganu Pada 27 Jun 2023 (Selasa) lalu oleh Tn Hj Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu diiringi oleh Pn.Wan Norhayati Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun.
25 JUN 2023, KUALA TERENGGANU - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023, Bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah dilaksanakan pada 25 Jun 2023 ( Ahad) bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Pencalonan keseluruhan bagi kategori individu adalah seramai 16 orang iaitu 9 lelaki dan 7 wanita. Masing- masing telah membentangkan kebolehan, penglibatan dan sumbangan tersendiri bagi memenangi anugerah tersebut.
Sesi penilaian ini berlangsung secara fizikal yang dinilai oleh 3 orang panel yang diketuai oleh Dr. Tuan Muhammad Zukri bin Tuan Sembok, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA), Encik Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Unit Belia, Sukan dan NGO) dan Encik Mazlan bin Husain, Mantan Pegawai Belia dan Sukan.
APBN merupakan anugerah yang dilaksanakan setiap tahun sebagai platform untuk meraikan dan mengiktiraf golongan belia serta menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang hadir.