KUALA TERENGGANU, 16 MEI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu / Kuala Nerus dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Liga Penalti 3x3 dan Shoot Bola Jaring sempena Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2023.
Aktiviti ini diadakan di Hazlan Indoor Soccer pada 13 Mei 2023. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1,000.00 bagi aktiviti Shooting Netball manakala Liga Penalti 3x3 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 1,800.00.
Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Sdr. Armi Irzan bin Mohd, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Turut hadir sama, Encik Mohmad bin Embong, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu / Kuala Nerus dan Pengerusi Majlis Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, Encik Faizal bin Harun
Disediakan Oleh:
PBSD KUALA TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 125
