- JBS Terengganu
- Hits: 192
MAJLIS PENYERAHAN RUMAH PROJEK PERUMAHAN TERENGGANU SEJAHTERA (PPTS) DUN RHU RENDANG
MARANG, 19 Januari 2023- Kerajaan negeri telah membelanjakan RM14.5 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022 bagi pembinaan Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan baik pulih rumah di daerah Marang. Pada 17.1.2023 jam 2.30 petang bertempat di Kg Alur Tuman, Marang telah diadakan Majlis Penyerahan Rumah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Sebanyak 67 buah rumah PPTS dibina baharu di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Marang.
Turut sama hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Ketua-ketua Jabatan serta wakil.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang
- JBS Terengganu
- Hits: 192
