KUALA TERENGANU, 6 OKTOBER 2022 - YB EXCO Ustaz Wan Sukairi Bin Wan Abdullah Singgah sekejap di Pantai Batu Burok untuk melihat keadaan Hari Belia Negara 2022 peringkat negeri Terengganu yang bermula pada 29 September sehingga 1 Oktober 2022. Dan sedikit taklimat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu berhubung perjalanan program perasmian.
TERENGGANU, 6 OKTOBER 2022 - Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 berlangsung dengan meriah sepanjang 3 hari penganjuran pada 29 September hingga 1 Oktober (Khamis - Sabtu).
Bertemakan semangat kepahlawanan Melayu, 32000 pengunjung telah membanjiri Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dengan pengisian padat aktiviti antaranya Youth Career (Pameran Kerjaya), Active@Martial Art, Karnival Sukan Tradisional, Autoshow dan banyak lagi.
Lebih menarik, khutbah Jumaat di seluruh masjid negeri Terengganu juga turut menyelitkan pesanan dan titipan nasihat kepada para belia sempena sambutan yang berlangsung pada tahun ini.
Kemuncak acara ialah Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu yang telah dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 4 OKTOBER 2022 - Majlis Penyampaian Tauliah Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 24 September 2022 yang lalu kepada Seramai 12 pemimpin Pengakap telah menerima Tauliah Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
KUALA TERENGGANU, 4 OKTOBER 2022 -Kejohanan 1000 Liga bagi acara Petanque Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu 2022 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Sukan Boules Negeri Terengganu telah pun berlangsung pada 17 September 2022 yang lalu.
Kejohanan tersebut berlangsung pada pagi ini di Arena Petanque Penjara Marang yang melibatkan 112 penyertaan.
Penyampaian hadiah bagi Kejohanan ini di sampaikan oleh En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Diharapkan lebih banyak pertandingan dan penyertaan seperti ini bagi menarik minat anak muda seterusnya dapat mengembangkan lagi sukan ini.
BESUT, 21 SEPTEMBER 2022 - Kem Bakat Badminton Peringkat KBS Zon Timur 2022 telah melabuhkan tirai pada 10 September 2022 yang lalu setelah 3 hari bermula 8,9 dan 10 September 2022, adik adik dari Pahang, Terengganu dan Kelantan berkampung di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu.
Majlis penutup di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Qayyum bin Rahman. Turut hadir dalam majlis penutup iaitu legenda badminton dunia iaitu Datuk Dr Hj Misbun bin Dato’ Hj Sidek, Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Dato’ Sri Jalani bin Dato’ Hj Sidek, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Rahman bin Dato’ Hj Sidek dan para jurulatih dari kelab badminton nusa mahsuri.
Terima kasih diucapkan kepada Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan para jurulatih. Pelbagai pendedahan baharu yang dapat dipelajari oleh adik adik dan diharapkan dengan adanya kem bakat seperti ini dapat menaik lagi minat dan seterusnya dapat mengembangkan lagi bakat adik adik.
BESUT 21 SEPTEMBER 2022 - Program Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Daerah Besut telah dilaksanakan pada 3 hingga 7 September 2022 bertempat di Kampung Merbau Menyusut dan Kampung Payung, Setiu.
Seramai 18 para peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah di ucapkan kepada mentor dan pemimpin dari Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut Pejabat belia dan sukan daerah besut / Kompleks Rakan Muda Besut Pemantauan program telah di hadiri oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
BESUT, 21 SEPTEMBER 2022 - Sesi pendaftaran peserta Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Timur Pada 8 September 2022 yang lalu. Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Timur ini julung kali diadakan mengikut Zon dan Negeri Terengganu menjadi Zon Pertama program ini yang mana meliputi Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Besut.
Taklimat berkenaan Kem Bakat Badminton telah diberikan oleh En. Ahmad Fadzli Bin Mohammad, Pegawai penggalakkan dan pembangunan sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Taklimat motivasi dan kelas teori disampaikan oleh team nusa mahsuri di ketuai oleh Dato’ Sri Mohd Jalani bin Dato’ Hj Sidek, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan seterusnya oleh coach2 dari Kelab Badminton Nusa Mahsuri